“Abang, abang, daddy’s home.”
Terdengar jeritan kecil dari dalam rumah ketika saya sedang membuka pintu.
“Daddy, you not die.”
Diikuti dengan ketawa kecil kegembiraan.
Itu ayat pertama yang saya dengar dari mulut Khaleel setibanya saya di rumah dari hospital.
“Why adik? You think I’ll die?”
“No, mommy went to hospital and mommy die.”
“I don’t want you to die.”
Begitulah.
Fobia dia bila tahu yang saya ke hospital.
.
Saya kerap sakit kepala akhir-akhir ini. Saya sedar setelah ketiadaan isteri, sakit semakin kerap.
Tidak semena-mena saya boleh sakit kepala yang teramat diikuti dengan pening, loya dan muntah. Tekanan darah saya biasanya normal setiap kali diperiksa.
Sebelum ini saya tahan sahaja, saya makan ubat dan saya teruskan. Biasanya esok akan baik-baik sahaja.
Kali ini tidak.
Semalaman saya tidur dalam kesakitan.
Pagi ini saya memaksa diri ke hospital dengan linangan air mata sepanjang perjalanan. Menahan kesakitan dan menahan kerinduan.
Demi Tuhan, saya sangat rindu.
Jeda.
Doktor melihat rekod saya dan membuat pemeriksaan fizikal. Dilakukan beberapa ujian itu dan ini. Katanya saya akan diberikan ubat penahan sakit.
Tiada yang tidak normal tentang saya katanya. Ujian semuanya ok.
“Saya cadangkan agar awak pergi buat scan.”
“Scan?”
“Kepala saya maksud doktor?”
“Yer”
Errrrrr…







Leave A Reply