
Petang-petang gini hirup bubur kacang ni sedap oihh. Apatah lagi kalau ada saki baki roti Gardenia tu, koyak-koyakkan dan tabur dalam tu.
Nak buat pun mudah.
Nah resepi Bubur Kacang PKP oleh SuperDaddy Khairul Abdullah.
Bahan-bahan yang wajib ada:
300gm kacang hijau, rendam dulu dalam sejam.
1 ketul gula melaka, kalau takde pakai gula merah.
1 helai daun pandan, nak dua pun boleh.
1 kotak santan, kalau takde pakai susu.
3 sudu sagu, direndam. Kalau takde pun takpe.
Sedikit garam.
Cara nak buat:
1. Rebus kacang hijau bersama daun pandan sehingga empuk.
2. Masukkan sagu dan kacau sampai sagu kembang dan lutsinar.
3. Masukkan santan, gula melaka dan garam. Tambah air jika mahu kuah yang lebih banyak.
4. Kacau rata sehingga mendidih dan tutup api.
Dah siap.
Rasa dulu lah yer cukup tak manis masin semua tu. Tambah jika perlu. Atau kurangkan manis, nanti makan boleh tambah sesudu susu pekat.
Hancurkan biskut pat segi dalam tu pun asyik juga melayan kerangupan dia bersama bubur tu.
Cubalah.







Leave A Reply