Bila yang membuat keputusan adalah orang yang bukan “ahli” atau pakar di dalam sesuatu bidang maka punahlah segalanya.
Kau bayangkan bila bukan mufti atau ustaz yang buat keputusan tentang bidang agama, apa jadi?
Kau bayangkan bila bos kau yang dah tua kerepot dan baru nak up belajar FB dan Wechat campur tangan dan buat keputusan tentang mobile apps yang kau design, apa jadi?
Kau bayangkan seorang CEO yang bukan ahli di dalam bidang rekabentuk kenderaan dan campur tangan dan buat keputusan terhadap rekabentuk sesebuah kereta, apa jadi?
Kau bayangkan seorang menteri yang ala Samseng Kampung Dusun campur tangan dan buat keputusan tentang sebuah logo yang amat penting di dalam mempromosikan negara, apa jadi?
Begitulah.
Bila bukan ahli atau pakar di dalam sesuatu bidang membuat keputusan berdasarkan kuasa semata-mata maka jadi punah ranahlah.
Biarlah ahli-ahli di dalam bidang masing-masing buat keputusan di dalam meluluskan sesuatu. Kalau di opis tu kau CEO, kau buat keputusan besar-besar sudahlah. Pasal design letterhead, design business card dan sebagainya kau biarkan Creative Department yang luluskan.
Kau tak payah nak gatal-gatal minta tambah kotak, tambah bulat, tambah kerawang, tambah bunga ros dan pelbagai tambahan lain. Geng-geng buat design ni diorang dah study benda-benda ni. Diorang tahu mana bagus mana tidak.
Bagi rekabentuk sesuatu logo yang penting yang akan digunakan untuk promosi negara pastinya menelan belanja yang besar, silap-silap melebihi puluhan ribu ringgit. Tapi bila ada unsur kroni, rasuah dan diberikan kerja pada yang bukan ahlinya maka punahlah hasilnya.
Sedih, pilu, menyayat hati melihat logo Tahun Melawat Malaysia 2020 yang baru dilancarkan. Rasa nak menangis tepi bucu katil dan koyak-koyakkan segala sijil, ijazah atau segala jenis pencapaian kau di dalam bidang rekabentuk selama 20 tahun lebih ini.
Malu dengan dunia luar. Sungguh.
Punya lah banyak designer power-power di Malaysia ni, dia boleh luluskan design yang macam gitu. Dia suruh anak buah dia yang baru belajar main Words dan Powerpoint buat ke apa?
Dengan ini saya sumpah siapa yang meluluskan logo tersebut agar menjadi sekeping alas lap kaki, agar boleh dipijak-pijak setiap hari.
Noktah!







Leave A Reply