Buku pertama saya I’m A Backpacker: Europe yang mula berada di pasaran sekitar Februari telah 4 kali dicetak dengan purata sebulan sekali cetakan.
Buku kedua Mentaliti Jamban yang berada di pasaran sekitar April kini telah 2 kali dicetak hanya setelah sebulan di pasaran.
Di dalam pasaran buku Malaysia yang kecil dengan kekurangan minat orang membaca buku, jualan melebihi 10 ribu naskah dianggap satu kejayaan.
Saya agak bertuah kerana buku pertama dan kedua saya dianggap berjaya.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membeli dan menyokong penulisan saya.
Semoga sedikit perkongsian pengetahuan yang saya curahkan ke dalam kedua-dua buku saya tersebut memberi manfaat kepada kita semua.
Terima kasih.
p.s : Buku ketiga masih tak siap siap lagi 😁







Leave A Reply