Ramai juga yang pm aku dan minta aku ulas pasal isu carseat yang akan diwajibkan tahun hadapan. Katanya ini makanan aku.
Sesungguhnya aku malas.
Aku dah tak menulis pasal mentaliti masyarakat di media sosial ni. Page aku yang ada 30 ribu follower tu aku tinggalkan gitu jer. Padahal di situlah aku menulis tentang isu masyarakat ni.
Kenapa?
Entahlah, aku rasa masyarakat kita ni masih sukar nak terima perubahan. Masih jauh perjalanan kita untuk berubah.
Lagi satu, menulis di FB ni hati kena kental apatah lagi bila ada isu-isu yang boleh diperdebatkan macam isu carseat ni.
Bukannya aku tak suka menerima pandangan lain atau tidak mahu orang tidak bersetuju dengan aku, tapi orang kita ni bahasa dia lain macam kalau nak membangkang kau tau, siap maki hamun bagai.
Sakit jiwa wehh bila asyik kena maki.
Jadi buat masa ni aku tak mampu untuk “sakit kepala dan sakit hati” bila kena maki. Aku tak mau mood aku terganggu bila dapat pm dok maki hamun aku. Aku bapa tunggal dan ada 3 nyawa kecil yang aku kena jaga. Aku tak mahu stress aku bila kena maki memberi kesan kepada depa.
Jadi aku up gambaq makanan sahaja. Perut kenyang hati pun senang. Tu pun ada orang komplen macam-macam jugak.
Buat masa ini aku chill jer lah. Kau bergaduhlah pasal carseat tu. Atau kalau yang nak tahu juga pendapat aku, belilah buku Mentaliti Jamban, aku dah tulis panjang kemain pasal carseat dalam tu.
Namun, bukan bermakna aku berhenti langsung menulis tentang sikap dan mentaliti masyarakat kita ni. Aku tetap menulis buku pasal ni. Ada 2 judul buku aku akan datang pasal ni.
Bagi aku pembaca buku lebih bijak, boleh menerima pandangan dan kritikan. Jadi baik aku beri tumpuan di situ. Mereka yang membaca ini akan relay info tentang apa yang depa dapat kepada orang lain yang tidak membaca.
Lebih elok begitu buat masa ini.
Sekian.
KHAIRUL ABDULLAH
Penulis Buku dan Penyokong Carseat







Leave A Reply