• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Cara Mudah Jadi Tour Guide dan Buat Bisnes Sendiri

13/10/2016

Bagi mereka yang suka membawa orang berjalan-jalan, ini peluang anda untuk menjadi seorang “tour guide” dengan membuat pakej travel anda sendiri. Jika anda tinggal di kawasan yang mempunyai tarikan tersendiri ataupun unik dan anda rasa perlu untuk orang lain lawati dan rasai maka anda boleh buat pakej untuk orang ramai.

Bagaimana nak buat?

Katakan anda kenal baik orang yang kerjanya mencari madu tualang contohnya. Anda bincang dengan orang tersebut bagaimana kalau nak bawak orang tengok bagaimana madu tualang diambil. Bolehkah? Selamatkah? Berapa orang maksimum dan sebagainya.

Lepas tu memandangkan dah masuk hutan bagaimana kalau sediakan makan tengahari sekali di dalam hutan, di tepi sungai ke dan lepas tu semua pelawat akan dapat sebotol madu original lagi. Dah dapat semua maklumat dan kira kos semuanya maka anda buatlah “Pakej Mencari Madu Tualang” dengan harga pakej RM320 seorang (minimum 5 orang dan maksimum 10) termasuk pengangkutan, sarapan serta makan tengahari contohnya.

Di situ sahaja anda dah dapat buat duit sekitar RM1,600-RM3,000 untuk setiap trip.

Kalau setiap kali musim ambil madu anda dapat buat 5 trip pun dah cukup berbaloi dah. Nampak tak? Jadi kalau dah nampak maka anda teruslah mendaftar dan iklankan pakej anda tadi.

Anda layari laman web Lokalocal dan daftar di situ. Anda daftar sebagai “Local Expert” secara percuma dan kemudian masukkanlah pakej anda tadi.

Jadilah "local expert" di kawasan anda.

Jadilah “local expert” di kawasan anda.

Kemudian anda tunggulah, bila ada pelancong samada tempatan atau luar negara yang berminat untuk ikut serta pakej anda maka mereka akan buat tempahan dan pembayaran. Bila tarikh yang dijanjikan tiba maka mereka akan sampai atau anda jemput mereka kemudian bawalah mereka masuk hutan dan melihat sendiri bagaimana madu tualang diambil.

Kalau yang duduk dekat dusun atau ada dusun maka buatlah pakej makan buah-buahan sampai lebam. Kalau yang duduk di kawasan perusahaan kuih muih tradisional, buatlah pakej melawat dan melihat cara pembuatan kuih atau cara pembuatan keropok lekor, cara buat bahulu atau cara buat laksa dan sebagainya.

Kalau yang tinggal berdekatan perusahaan kraftangan buatlah pakej melihat sambil belajar dan merasai sendiri pengalaman buat labu sayung, buat batik dan sebagainya.

Kalau yang ada kampung di felda contohnya, buatlah pakej masuk felda. Pakej termasuk homestay, makan minum dan masuk kebun sekali. Tunjuk dan bagi pelancong merasa menoreh getah atau mengait kelapa sawit dan sebagainya. Tambah lagi aktiviti mandi sungai sekali, baru ada umphhh.

Banyak lagilah pakej-pakej yang boleh anda buat.

Kalau yang duduk sekitar Shah Alam boleh buat pakej “Makan-Makan Sambil Ngorat’ ke misalnya. Pagi boleh bawa sarapan Nasi Lemak Anak Dara, tengahari pula boleh bawa makan dekat Nasi Ayam Mak Janda, kemudian petang sikit bawa pekena rojak Karim Duda lepas tu bawak pekena cendol durian Bujang Teruna ke dan macam-macam lagilah.

Semuanya bergantung kepada daya kreativiti anda.

Gambar-gambar ini adalah contoh pakej-pakej yag orang lain dah buat. Anda boleh buat pakej yang sama tetapi di lokasi yang berlainan. Atau pakej yang lain tetapi di lokasi yang sama. Anda masuklah laman web lokalocal ni dan study sikit. Lepas tu dah ada feel dah ada idea terus jalan.

Pakej melawat kampung serta perusahaan membuat atap rumbia.

Pakej melawat kampung serta perusahaan membuat atap rumbia.

Pakej melawat dan melihat cara percetakan letterpress.

Pakej melawat dan melihat cara percetakan letterpress.

Pakej meneroka Pulau Ketam dan Sungai Lima.

Pakej meneroka Pulau Ketam dan Sungai Lima.

Pakej melawat perusahaan batik dan cuba batik canting.

Pakej melawat perusahaan batik dan cuba batik canting.

Pakej masuk dusun dan makan durian sampai lebam.

Pakej masuk dusun dan makan durian sampai lebam.

Kalau orang tempatan tak berapa suka, mat salleh biasanya  suka pakej-pakej sebegini. Jadi daripada duduk saja dan memikirkan masalah ekonomi negara yang tak pernah selesai ni, apa kata ambil peluang ini. Sambil jadi tour guide, boleh kenal orang, boleh buat networking dan yang penting duit pun dapat, pengalaman pun dapat.

Kalau malas nak jadi tour guide maka anda boleh jadi pelancong lah. Pilih sahaja mana-mana pakej yang unik yang berkenan di hati.

Cubalah.

khairul signature

© 2016 KHAIRUL ABDULLAH. Hakcipta Terpelihara

buat duitcara jadimalaysia travelpakej traveltour guidetravel guide
Share

Blog  / Tips  / Travels

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

8 Comments


shasha
17/10/2016 at 1:23 pm
Login to Reply

Makan-Makan Sambil Ngorat, Nasi Lemak Anak Dara, Nasi Ayam Mak Janda, Rojak Karim Duda, Cendol Durian Bujang Teruna…hmmmm Kafe Kek Abam Sado ada tak? Hahahaha…komersial sungguh namanya…kalau ada, habaq mai naa…



Nazira
17/10/2016 at 2:13 pm
Login to Reply

Saya suka ide ini, menarik beilmu dan yang penting dapat cari duit pendapatan.
Bagaimana pula kalau tinggal di bandar Kuala Lumpur?



Perawat Sihir
03/11/2016 at 9:07 pm
Login to Reply

Di zaman internet ni, macam-macam idea yang boleh difikirkan untuk menambah pendapatan kan. Antara nak dengan tidak sahaja. Lepas baca artikel KA ni, baru saya tahu ada juga cara menambah pendapatan begini.



naaw
07/12/2016 at 11:51 am
Login to Reply

adakah encik memiliki lesen tour guide? boleh share tak bagaimana nk apply?



    Khairul Abdullah
    07/12/2016 at 5:25 pm
    Login to Reply

    Saya tidak pernah menjadi tour guide dan pastinya saya tiada lesen. Anda boleh ke Kementerian Pelancongan Malaysia dan ambil borang permohonan. Lepas hantar borang kena ambil ujian. Masuk website mereka dan cuba semak segala syarat yang ditetapkan.

Alyaa Aidee
13/12/2016 at 3:06 pm
Login to Reply

Wah idea menarik ni encik khairul. Betul, dari mengeluh baiklah ambil masa memikirkan cara tambah pendapatan.



    Khairul Abdullah
    18/12/2016 at 8:16 am
    Login to Reply

    Benar. Orang kita ni banyaksangat mengeluhnya dan menyalahkan orang lain.

adi
09/03/2019 at 3:36 pm
Login to Reply

saya mahu mencuba dlm bidang travel



Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved