Minggu lepas saya bawa Khaleel ke Hospital Putrajaya untuk buat pemeriksaan jantungnya. Beliau dilahirkan dengan “murmur” iaitu bunyi yang kedengaran ketika pemeriksaan menggunakan stetoskop yang dihasilkan oleh injap jantung yang mungkin ketika itu masih belum terbentuk sepenuhnya.
Beberapa pemeriksaan telah dibuat dan ujian “echo” yang terakhir ini adalah untuk “ruled out” sebarang masalah berkaitan jantung beliau.
Jadi kami sekeluarga dengan penuh berdebar pergi ke hospital dan usai ujian, keputusannya adalah baik untuk baby Khaleel dan kami sekeluarga. Pihak hospital dah “ruled out” sebarang kemungkinan komplikasi jantung.
Alhamdulillah, syukur yang teramat sangat.
Ketika pulang, terlihat sebuah pasar tani baharu bersebelahan balai bomba. Isteri inginkan agar saya pusing dan singgah sekejap untuk membeli sedikit barangan dapur.
Maka kami pun singgah.
.
.
.
.
.
Cerita seterusnya ni agak serius dan kelakar juga.
Nantikan sambungannya malam nanti.







Leave A Reply