• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Cerita Pasal Malaysia Airlines. Nombor 13 tu Ramai Juga Yang Masih Tak Tahu.

02/09/2017

Dalam banyak-banyak syarikat penerbangan, Malaysia Airlines merupakan salah sebuah syarikat yang paling kerap saya gunakan.  Bagi saya ia adalah masih di antara yang terbaik di dunia.  Ini kerana, selain dari nilai patriotisma, servis terbaik yang diberikan membuatkan saya memilih untuk terus terbang bersamanya, itupun kalau kena dengan bajet lah.

Tidaklah saya berkemampuan untuk terus menerus terbang bersama Malaysia Airlines ni, kadangkala penerbangan tambang murah yang lain menjadi pilihan utama bila bajet tak berapa nak cukup.  Namun kalau perbezaan tambang tidak ketara sangat, saya pasti memilih Malaysia Airlines.

Sempena Ulangtahun Kemerdekaan yang ke-60 ni, saya nak bercerita sikit tentang MAS.  Nak kongsi semangat patriotik saya terhadap syarikat penerbangan nasional kita.  Kalau bukan kita yang banggakan, siapa lagi?  Takkan nak suruh orang seberang tambak atau orang Jepun yang dok banggakan produk kita.

Mungkin ramai yang masih tidak tahu tentang sejarah Malaysia Airlines atau lebih dikenali sebagai MAS.  Kenapa MAS?  Jom kita cerita serba sedikit tentang syarikat penerbangan ini.

1.  Nama asal syarikat penerbangan ini ialah Malaysia Airlines System Berhad.  Jadi singkatannya adalah MAS, mudah dan senang diingat dan disebut.  Jadi bila dah tukar kepada Malaysia Airlines Berhad pun nama MAS masih kekal menjadi sebutan.  Sekarang ia juga dipanggil sebagai MH sempena kod penerbangan yang digunakan oleh MAS, seperti MH370.  Ia merupakan syarikat penerbangan kebangsaan.  Jadi ia milik negaralah, buka milik individu.

2.  MAS terbang ke 55 destinasi di Asia,Oceania dan Eropah.  Dulu lagi banyak tapi sejak ekonomi kurang bagus, banyak juga destinasi yang terpaksa ditamatkan perkhidmatannya.

3.  Hab utamanya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur manakala, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dijadikan sebagai hab kedua.

4.  Malaysia Airlines pernah menerima Pensijilan Penerbangan 5-bintang di Anugerah Penerbangan Dunia™ SKYTRAX 2013, langsung menyertai kumpulan elit bagi produk dan servis yang konsisten dan berkualiti tinggi. 

5 Star Airlines by Skytrax 2013, Sumber: Google

5.  Pada Februari 2013, MAS sertai Oneworld Alliance.  Jadi, program kesetiaannya Enrich telah berganding dengan Oneworld.  Penumpang boleh mengumpul “miles” atau mata perbatuan bukan sahaja dari Malaysia Airlines, malah dari mana-mana syarikat penerbangan yang berdaftar di bawah oneworld® alliance. Jadi kalau naik mana-mana penerbangan terlibat maka jangan lupa hulurkan kad Enrich korang tu.

Oneworld Alliance. Sumber: Google

6.  Bagi yang belum ada kad Enrich, boleh mohon secara percuma di laman web Malaysia Airlines.  Terdapat tiga peringkat oneworld® alliance, iaitu Malaysia Enrich Silver (oneworld® Ruby), Malaysia Enrich Gold (oneworld® Sapphire) dan Malaysia Enrich Platinum (oneworld® Emerald).

7.  Program Enrich oleh Malaysia Airlines ni memang banyak keistimewaannya.  Bagi pemegang kad Silver, korang boleh dapat keutamaan bila check-in dan semasa memasuki pesawat, boleh masuk ke lounge khas, boleh dapat ekstra berat untuk beg dan laluan pemeriksaan keselamatan yang lebih cepat.  Kalau korang terlambat nak check ini dan nampak ada kekosongan di ruangan check-in business class tu korang keluarkan kad Enrich korang dan check-in kat situ.  Walaupun tak naik business class namun inshaAllah, diorang akan tolong korang check-in segera.

8.  Korang juga boleh tebus “miles” atau mata yang terkumpul tu untuk tiket penerbangan percuma atau baucar promosi tertentu.  Kalau rasa nak lagi sedap, boleh guna “miles” tu untuk naiktaraf atau upgrade seat anda ke kelas perniagaan.  Saya pun biasa tebus miles dan upgrade ke Business Class.  Sedap sehh.

9.  Jika korang dah dapat kad Enrich Gold atau Platinum dan terbang dengan Business Class atau First Class pula maka dapatlah korang masuk ke lebih 600 ruang istirahat atau lounge lapangan terbang di seluruh dunia.  Bolehlah lepak-lepak, makan minum, layan Facebook atau siapkan kerja atau pergi ke spa yang disediakan dengan percuma.  Korang cuma perlu tunjuk kad Enrich atau Oneworld berserta boarding pass di pintu lounge.

Golden Lounge, Heathrow Airport London. Sumber: mondomulia.com

10.  Pesawat Malaysia Airlines ni ada tiga jenis.  Pertama adalah Airbus 330-300, terbang ke destinasi sekitar Asia dan ada kelas Ekonomi dan Perniagaan.  Airbus 380-800 ada kelas ekonomi, perniagaan dan kelas pertama dan terbang ke destinasi yang jauh seperti London.  Dan yang terakhir, Boeing 737-800 yang menawarkan kelas penerbangan ekonomi dan perniagaan dan terbang ke destinasi yang lebih dekat dan juga tempatan.  Boeing 777 pula telah ditamatkan perkhidmatannya.

11.  Seat atau tempat duduk bagi kelas ekonomi terbahagi kepada dua jenis, iaitu tempat duduk premium dan tempat duduk standard.  Tempat duduk premium terletak di beberapa barisan hadapan dan berdekatan dengan pintu kecemasan, manakala selebihnya merupakan seat standard.  Kalau seat premium tu ruang kakinya lebih luas.  Sedap sikit nak berlunjur.

12.  Penumpang Kelas Ekonomi akan merasai pengalaman penerbangan dengan ruang letak kaki tambahan, peruntukan bagasi 30kg dan hiburan dalam penerbangan (In-flight entertainment), alah tv kecil kat depan korang tu.  Boleh tengok movie, boleh dengar lagu dan boleh main games. 

13.  Penerbangan Kelas Ekonomi ke luar negara sebenarnya ada sehingga 20 jenis hidangan istimewa untuk memenuhi keperluan pemakanan setiap penumpangnya.  Korang boleh pilih nak makan apa sewaktu di dalam pesawat atau korang boleh tempah dan mengesahkan pilihan hidangan selewat-lewatnya 24 jam sebelum waktu berlepas secara online, panggilan telefon, pejabat tempahan dan pembelian tiket atau ejen pelancongan.  So korang boleh pilih siap-siap lah nak makan apa.  Maklumlah ada yang alergik seafood, ada yang tak makan sayur, ada yang benci dekat ayam dan ada yang nak ikan sahaja.

Hidangan di dalam Business Class. Sumber: mondomulia.com

14.  Kalau korang ada peluang atau ada rezeki naik Business Class lagi best.  Kalau Enrich korang ada miles yang cukup maka naiktaraflah ke business class.  Waktu check-in pun dah tak perlu beratur dan dilayan dengan baik sekali.  Kat atas flight tu, seat boleh baring 180 darjah dengan mudah sampai jadi katil.  Bantal dan selimut dia pun sedap.  Korang akan dapat layanan paling baik, anak-anak kapal akan panggil korang dengan nama tau.  Seat best, tv pun best dan bila-bila terasa nak makan atau minum korang petik jer.

Business Class Seat. Sumber: mondomulia.com

15.  Kat business class ada chef profesional dah sedia 25 pilihan menu yang korang boleh tempah awal juga.  Ada pilihan hidangan Kegemaran Malaysia dan Pilihan Chef sehingga Pilihan Ringan dan Pilihan Sihat.  Banyak woih pilihan dia bergantung pada laluan penerbangan atau flight yang korang naik.  Memang terbaiklah makanan dia dan yang paling power semestinya sate, sedap bangat.  Lepas kenyang terus tidur, memang terbaik.

Sate in Business Class. Sumber: mondomulia.com

16.  Kalau naik First Class pula lagi powerlah.  Dilayan bagai raja, banyak kemudahan yang korang boleh gunakan semasa menunggu flight di Golden Lounge.  Paling power mestilah perkhidmatan Chef-on-Call yang membolehkan korang memesan makanan terlebih dahulu.  Tapi khidmat Chef-on-Call hanya disediakan dalam penerbangan ke dan dari Kuala Lumpur, London, Sydney, Perth, Melbourne, Adelaide, Auckland, Incheon, Beijin, Shanghai, Narita, dan Kansai.

Desserts. Sumber: mondomulia.com


Banyak lagi kalau nak cerita pasal MAS ni, namun cukuplah sekadar nak bagitau yang perkhidmatan yang diberikan sebenarnya adalah sangat bagus.  Berbaloi dengan harga tiket yang kita bayar.  Senang cakap memang layanan 5 bintang.

Kalau tak percaya, boleh cuba naik dan rasainya sendiri.  Jom Layari link malaysia airlines online booking ini sekarang!  Ada tawaran harga baik punya.

Kita ini rakyat Malaysia.  Sebuah negara kecil yang kaya dan bertuah.  Kaya dengan adat resam dan budi bahasa.  Bumi inilah yang memberikan limpah rahmat kepada kita.  Jika kita sebagai rakyat tidak bangga dengan produk kita, bagaimana orang luar mahu menghormatinya?

Walaupun Malaysia Airlines itu tidaklah sempurna dan ada cacat-celanya, namun ia milik kita semua.  Malaysia Airlines itulah duta kecil negara yang menjulang tinggi nama Malaysia.

Berbanggalah dan teruslah menyokong.

Semoga ia terus terbang tinggi.

KHAIRUL ABDULLAH

5 starA300A380AllianceB737B777In flight entertainmentmalaysia airlinesmasOneworldPilihan ChefPilihan MenuProgram EnrichSate
Share

Blog  / Travels

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

You might also like

Kewujudan Katil Bayi Di Dalam Penerbangan Yang Ramai Orang Tidak Tahu
16/11/2016

Comment


Mulan
10/09/2017 at 10:51 am
Login to Reply

Thanx for sharing KA. Mmg berbangga sgt dgn MAS. Tp sbb bajet, kadang terpaksa ketepikan sikit. Namun begitu bila time offer etc sudah semestinya grab. Wa imma mcm2 pengalaman esp masa travel wth babies dulu tanpa suami, MAS masih di tangga teratas. Though ada pengalaman yg kurang manis, masih ada insan2 crew yg sweet, awesome & hebat dlm setiap flight.. Love them..



Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved