• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

CERITA PROTON WIRA DAN iPHONE 6

23/10/2015

Abang ada kenal 2 orang pemuda pada satu masa dahulu. Mereka berdua bekerja di tempat yang sama, dengan melakukan pekerjaan yang hampir sama.

Seorang pemuda Melayu berusia 25 tahun dan seorang pemuda Bangladesh yang berusia 28 tahun. Abang acapkali berbual dengan mereka berdua apabila datang ke tempat kerja mereka. Oleh itu abang dapat tahu sedikit sebanyak cara hidup diorang, apa yang dibuat bila free time, tinggal dengan siapa, berapa sewa rumah dan macam-macam lagi. Sungguh berbeza cara hidup diorang berdua ni.

Abang bertanya kepada pemuda bangla, apa yang dicita-citakan olehnya apabila datang dan bekerja di Malaysia? Jawapannya mudah, nak ubah kehidupan dia dan keluarganya kepada yang lebih baik.

Abang juga bertanya kepada pemuda Melayu tadi apa yang dicita-citakannya melalui pekerjaan tersebut? Jawapannya juga mudah, “Nak hidup bang!”

Maka mereka pun bekerja dan meneruskan hidup masing-masing…dan masa pun pantas berlalu.

Lima tahun kemudian, abang berjumpa kembali pemuda Melayu tadi di tempat yang sama. Selain bertanya khabar, abang pun bertanya,

“Apa perkembangan sekarang? Dah kahwin ke? Dah naik pangkat ke? Dah pakai kereta ke? Dah beli rumah ke?” Jawapannya mudah namun agak panjang sedikit,

“Oklah bang, boleh lah, belum kawin dan masih duduk bujang macam dulu jugak bang, cukup makan pakai”.

Pemuda tersebut masih bermotorsikal yang sama namun kini telefon bimbitnya jauh lebih mahal berbanding dulu dan beliau tidak merokok lagi namun ber”vape” pula.

Alhamdulillah, ada peningkatan.

Abang kemudian bertanya, kemana pemuda bangla yang abang jumpa dulu? Jawapannya,

“Ohh dia dah pindah ke bahagian lain bang” sambil menunjukkan arah ke bahagian tersebut.

Abang pergi ke bahagian tersebut dan mencari pemuda Bangladesh tadi. Alhamdulillah dapat berjumpa dan dia masih ingat abang.

Abang memulakan pertanyaan,

“Apa khabar sekarang? Lebih bagus dari dulu tak?” Dan jawapannya agak panjang kali ini.

“Alhamdulillah boss jawabnya”. Kemudian dia terus bercerita lagi.

Ceritanya dia kini sudah dinaikkan pangkat, kerja pun mudah sikit dan gaji pun lebih sikit. Namun katanya dia seronok sebab kerja sekarang dia tak perlu overtime lagi. Abang pun hairan kenapa dia tak nak overtime. Katanya dia boleh balik on time untuk melihat kedai runcitnya yang terletak di apartment tempat beliau tinggal.

Katanya dengan mengumpul duit hampir 4 tahun dia dan seorang rakan kini telah berjaya menjalankan perniagaan kedai runcit dah hampir setahun.

Abang macam tidak percaya, bagaimana seorang pekerja asing yang datang jauh merantau yang tidak tahu berbahasa Melayu ketika itu kini memiliki sebuah kedai. Abang pergi melawat kedai beliau untuk kepastian.

Sah, beliau mempunyai kedai runcit yang agak besar yang terletak di bawah bangunan sebuah apartment dan turut memiliki sebuah kereta Proton Wira untuk kegunaanya berniaga. Abang ucapkan tahniah kepadanya.

Kepada pemuda Melayu tadi pun abang ucapkan tahniah juga kerana telah berjaya membeli iPhone 6.

Rezeki Allah maha luas bagi mereka yang mahu berusaha.

p/s: Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Mana ada orang bangla hebat sampai macam tu kan? ENTAHLAH..abang donno…but i hope u understand what i mean.

Share

Blog  / Lesson  / Lifestyle  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved