• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Chatting

16/11/2018

Saya cuba ambil sedikit masa untuk menjawab semua pm/Whatsapp/mesej-mesej yang belum berbalas.

Cumanya nak maklumkan yang saya sangat tiada masa untuk ber”chatting”.  Bukan sombong yer tetapi masa saya sangat terhad.  Saya akan cuba jawab semuanya.

Jadi, jika pm/mesej/Whatsapp saya teruskanlah bertanya jika ada pertanyaan.  Jika ada maklumat atau info yang ingin diberikan maka maklumkanlah, jika ingin menjual barang maka ceritakanlah.

Dan jika ada hasrat, maka nyatakanlah, jika ingin meminang pun maka hantarlah rombongan (ini gurau).

InshaAllah, bila berkelapangan saya akan terus menjawab kesemuanya.

Mudah begitu.

Janganlah hanya sepatah “hai” atau “salam” atau “asl” atau “apa kabar” dan sebagainya dan mengharapkan saya untuk membalasnya dengan segera.

Mohon maaf banyak-banyak kerana saya tak punya masa untuk berbuat demikian buat masa ini.  Ada 3 orang anak kecil yang perlu diuruskan.

Sibuk baq hang.

Sama juga jika anda ingin pm/Whatsapp orang lain yang tidak anda kenali.  Bagi salam dan teruslah perkenalkan diri dan nyatakan hasrat anda atau tujuan anda mesej atau pm beliau.

Nanti dia free dia akan jawab semuanya.

Mudah sahaja.

#superdaddytaklaratjawabmesej

Share

Blog  / Lifestyle  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved