• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Cheesekut

17/03/2019

Semalam pakat buat pengat pisang ke?  Alah pengat pisang berangan 10 biji yang campur keledek tu.  Takkan petang ni nak makan pengat lagi, kan?

Meh kita buat Cheesekut ni pulak.  Korang mesti dah lama tak buat kan?  Dulu ni kemain lagi, maklumlah tengah viral.  Sekarang ni asyik pengat jer.

Dah, jom tukar selera pulak petang ni.  Benda mudah jer ni.  Macam biasa, boleh bincang.

Ini resepi saya, cara saya.  Kau tengok bahan-bahan tu, kejap lagi keluar pergi beli.

Bahan-Bahan:

250gm Cream Cheese – lagi mahal lagi sedap.

75gm Butter – sama juga yang mahal sedap woihh.

Setengah cawan gula – cap apa pun tak apa

1 pek Cream Cracker – Hup Seng Cap Ping Pong paling sedap.

2 cawan susu – segar boleh full cream boleh, untuk rendaman biskut nanti.

Setengah cawan Nestum – biasa boleh madu pun sedap.

Sedikit serbuk Milo – serbuk koko tak main okeh.

Susu Pekat atau Sos Karamel beli kat Starbuck.

Cara nak buat dia:

Masukkan cream cheese, butter dan gula di dalam bekas dan pukul sehingga sebati, bukan sampai mati yer.  Diulang, sebati.

Rendam biskut dalam susu (jangan sampai lembik) dan susun di dalam loyang/bekas.  Susu ni jangan baru keluar dari peti, bila sejuk dia susah nak serap masuk dalam biskut.  Biarkan pada suhu bilik.

Susun cantik, cantik macam kau susun lipat baju tu.  Ruang kecil kau potong biskut tu.  Tengok kekemasan tu macam saya buat.

Sapukan sebatian cream cheese tadi sehingga rata.  Jangan terlalu tebal.  Senipis kulit bawang sudah memadai.

Kemudian tuangkan susu pekat atau sos karamel, dilayangkan agar nipis untuk melekatkan serbuk Nestum dan Milo.  Nak tabur Nestum dan Milo dulu pun boleh kemudian susu.  Ikut suka, jangan pening-pening.

Ulang langkah tersebut sehingga habis cream cheese.  Mungkin dapat diantara 4-6 lapisan.  Bergantung kepada tahap kenipisan cream cheese yang disapu.

Masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit atau lebih.

Hidang ketika sejuk.

Tips : Setelah banyak kali membuat kek ni – saya dapati amat sedap sekiranya diletakkan sos karamel di setiap lapisan dan ditabur dengan serbuk Nestum.

Nikmatilah ia bersama orang tersayang.  Kalau kau single dan takde siapa-siapa maka kau ajak jiran sebelah temankan.

Selamat mencuba.

#resepisuperdaddy

Share

Cooks  / Recipes

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved