Anak saya Khaleef baru berusia hampir 6 bulan tetapi semalam dah dapat surat dari pejabat income tax – Bundeszentralamt für Steuern (Federal Central Tax Office).
Khaleef dah diberikan nombor pengenalan cukai yang akan digunakan seumur hidupnya (sekiranya Khaleef menetap di sini) untuk segala urusan percukaian.
Tengoklah betapa seriusnya kerajaan Jerman tentang cukai ini. Bayi yang belum cukup setahun pun dah diberikan nombor cukai.
Setiap rakyat Jerman atau sesiapa yang bekerja di sini tak kira tukang sapu sampah sekalipun tetap dikenakan cukai pendapatan. Bayaran cukai dipotong terus melalui gaji setiap bulan sekitar 20-40% dari jumlah gaji kasar anda dan berdasarkan pendapatan dan skim percukaian anda. Kalau gaji bulanan seorang pegawai bank berjumlah €3500 maka beliau hanya akan membawa pulang sekitar €2,000 euro sahaja. Sekiranya anda seorang yang beragama Kristian maka cukai gereja akan turut dipotong.
Selain itu potongan insurans peribadi juga perlu dibuat setiap bulan yang mana insurans peribadi adalah WAJIB dimiliki oleh setiap orang yang tinggal di Jerman kerana sistem penjagaan kesihatan di sini menggunakan insurans utk membuat pembayaran. Tanpa insurans peribadi (personal insurans) maka anda tidak boleh tinggal di Jerman kerana permit kerja, permit penduduk dan sebagainya tidak dapat dikeluarkan tanpa adanya insurans.
Jadi hampir separuh gaji dihabiskan untuk perkara-perkara tersebut.
Ini adalah kos yang perlu anda bayar untuk tinggal di sebuah negara maju dengan barangan serta kos hidup yang murah, bersih, bebas jenayah tanpa kes ragut, rompakan bersenjata dan sebagainya, highway takde speed limit, takde tol..roadtax pun takde…kereta pun murahhh.
Sanggupkah anda membayar cukai sebanyak itu di Malaysia bagi mendapat kemudahan seperti disini?
Sila baca artikel lengkap di : https://khairulabdullah.com/cukai-pendapatan-manfaatnya-di-…/







Leave A Reply