• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Cuti di Malaysia

04/09/2017

“Axel, esok cuti tak?” tanya saya.

“Eh, esok kan Isnin, mestilah kerja, mana cuti” balas beliau.

“Kan tadi Jerman menang Piala Dunia, takkan tak bagi cuti?”

“Ohh, tak boleh begitu.  Nanti yang ada appoinment meeting dan sebagainya, terpaksa ditangguhkan.  Yang nak berjumpa doktor terpaksa diubah, yang kena outstation pun terganggu jadual, kerja semua akan kelam kabut” jawab beliau.

“Kita dah berjanji (appointment) jadi kena ditepati” tambah beliau lagi.

Itulah penerangan Encik Axel kepada saya, bila ditanya tentang cuti peristiwa usai Jerman memenangi Piala Dunia pada tahun 2014.

Memang tak bercuti orang Jerman ni bila menang sukan.  Menang World Cup pun tak dapat cuti, apatah lagi menang Euro Cup.

Nampaknya kita lebih beruntung.

Hari ini semua orang sambung bercuti.  Kita semua bersyukurlah, dapat meluangkan masa lebih bersama keluarga.

Esok kita susun balik segala jadual kerja dan appointment yang terganggu akibat cuti yang tak dijangka.

Jangan gaduh-gaduh kata cuti tu bagus atau tidak, produktif ke tidak dan sebagainya.

Esok kita kerah tenaga cover balik apa yang patut disiapkan hari ini.

Selamat kembali ke pejabat buat semua.

Share

Blog  / Events  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved