Kata cikgu, dia tak nak naik ke pentas untuk ambil medal. Katanya kalau naik nanti siapa akan ambil gambar dia? Daddy tak ada. Namun cikgu pujuk dan cikgu ambilkan gambar barulah dia naik.
Memang saya ada pada awal pagi, namun selepas jam 10 cuaca semakin panas, baby Khaleed dah meragam sebab waktu tidur dia dah hampir tiba.
Dengan keadaan hiruk pikuk dan panas begitu dia meragam sangat. Jadi saya tiada pilihan selain bawa ke kereta. Hidupkan enjin dan aircond, masuk gear dan terus jalan pusing-pusing agar baby tidur lena.
Berhenti di bawah pokok di taman terus buat saya tertidur sama. Sedar jam 12 tengahari, terus bergegas kembali ke tempat acara. Dah separuh jalan dapat panggilan telefon dari Khaleef.
“Daddy, dah habis dah ni. Awak kat mana? I won a medal.”
“Alhamdulillah, tahniah abang. Kejap lagi daddy sampai.”
Bila dah sampai macam biasalah, kena menjawab berkoyan-koyan soalan kenapa lambat. Kenapa daddy tak ada tadi, kenapa daddy tak tengok dia naik stage ambil medal dan macam-macam.
Saya sempat tengok acara yang Khaleef dan Khaleel bertanding. Seronok, namun sedih juga. Teringat ketika acara tahun lepas, ibunyalah yang paling seronok bersorak untuk anak-anak dia. Kali ini sunyi rasanya walaupun hingar dengan jerit pekik sorakan ibu bapa lain.
Saya cuba untuk terus berada bersama mereka, bersorak dan memberi semangat, namun keterbatasan kudrat dengan hanya sepasang tangan sahaja ianya agak sukar apabila baby Khaleed mula meragam.
Jadi dengan berat hati saya tinggalkan mereka seketika. Berat hati juga bila mengenang mata mereka meliar mencari sosok si ayah ketika sedang berlari menamatkan perlumbaan.
Sedih juga bila terlepas momen penting begini. Harap mereka faham dan harap mereka maafkan.
InshaAllah, tahun depan daddy tak akan tinggalkan awak berdua lagi. Daddy akan tunggu dan bersorak sampai habis seperti tahun lalu ketika ibumu masih ada.
Sorry yer abang dan adik.







Leave A Reply