• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Daddy, Let Me Tell You My Secret..

19/07/2019

“Oh Allah, please forgive my mommy and put her into syurga. Aamiin.”

Begitulah doa dua beradik tersebut usai membaca Fatihah bersama-sama saya.

Dari pagi lagi dia ajak saya ke kubur kerana mimpikan ibunya semalam.  “Sad dream” katanya, mommy senyum jer tak cakap dengan dia lepas tu tinggalkan dia.

Di dalam kereta dia asyik meminta untuk ziarah ibunya.  Saya ada appointment yang tidak memungkinkan saya bawa mereka pagi tadi.  Lalu sepanjang perjalanan dia berceritalah serta mengenang saat bersama ibunya.

“Petang nanti habis sekolah kita pergi ok?”

“Ok, promise?”

“Yer, daddy janji.”

Jadi petang tadi lepas sekolah saya terus bawa dia dan adik-adik ke kuburan.  Selesai menyapa dan berdoa, masing-masing berebut nak jiruskan air ke atas rumput halus yang segar mememenuhi pusara ibunya.

“I miss you mommy” katanya bila saya suruh pegang nisan ibunya.  Adik pun ikut serta.  Lalu kami berangkat pulang.

“Daddy, are you crying?”

“Yeah, I do cry sometimes when I miss your mom.”

“Why don’t you cry? You miss mommy too, right?”

Dia diam seketika sambil merenung saya.

Lalu dibongkarkanlah rahsia selama ini kenapa dia tidak pernah menangis apabila bercakap atau merindui ibunya.  Dari hari pertama ibunya pergi sehingga ke hari ini dia tak pernah menangis.

Hanya dadanya yang kuat berombak, matanya berkaca sambil mengetap bibir menahan tangis apabila setiap kali memeluk saya mengatakan yang dia rindukan ibunya.

Namun tidak sesekali dia menangis hiba.

“You know daddy, I promise that I will not cry.  I am a big boy.  Mommy said to me, if I cry mommy will cry too.  So I don’t want mommy to cry, so I promise I will not cry.”

Langsung si ayah yang berjuraian air mata.

Entah bila dia berjanji dengan ibunya.  Entah bila ibunya berpesan-pesan pada dia.  Entah benar ataupun tidak apa yang dikata, ataupun dia sengaja mereka cerita.

Sesungguhnya saya tidak tahu.

Namun, sehingga ke hari ini hampir setahun berlalu, dia masih lagi memegang teguh “janji” tersebut.

Hanya pelukan erat dengan mata yang berkaca menjadi pelepas rasa dan pengubat rindu pada ibunya.

Semoga Allah memberikan kekuatan dan ketabahan kepada anak kecil itu.

Al-Fatihah buat arwah ibunya.

KHAIRUL ABDULLAH
#DiariSuperDaddy
#KhaleefSpeaks

Share

Blog  / Parenting

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved