Ramai yang tanya hibah tu apa?
Dalam Islam, hibah adalah salah satu cara pemilikan harta yang sah di sisi syarak.
Hibah ialah pemberian sukarela daripada pemberi kepada penerima yang dibuat atas dasar kasih sayang tanpa mengharap sebarang bentuk balasan. Ia boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita ingini sama ada waris atau bukan waris.
Semua harta yang sudah dihibah akan terkeluar daripada harta pusaka dan tidak akan diagih kepada waris mengikut hukum faraid lagi.
Itulah hibah.
Ok, kalaulah kita nak bagi hibah pada anak, atau mak atau isteri wang sebanyak RM200K? Kita ada ke duit banyak tu? Kalaulah esok kita dijemput pergi, adakah kita ada duit untuk ditinggalkan pada anak dan isteri kita? Siapa nak bayar hutang-hutang kita?
Maka itulah yang saya selalu cakap pasal hibah ni.
Kita simpan setiap bulan RM100 untuk diberi pada anak bini nanti, cukup 3 tahun baru dok ada RM3600 dalam bank. Tapi kalau kita mencarum dalam Takaful Hayat, 3 tahun tu kita dah ada RM200K.
Jadi, solusi untuk kita yang takde duit tapi nak tinggalkan duit untuk orang yang kita sayang adalah melalui caruman Takaful Hayat. Kita start mencarum sahaja automatik kita sudah ada duit banyak.
Jika kita meninggal atas sebab natural atau sakit apa sekalipun, pewaris yang kita hibahkan tu akan terima RM200K. Kalau kita hilang upaya kekal pun dapat RM200K tu.
Besar tau ganjarannya kita bagi hadiah kat orang yang kita tinggalkan tu. Hidup diorang senang, pahala kita pun banyak.
Begitulah.
Yer, Takaful Hayat atau dalam insurans dipanggil Life Policy atau insurans nyawa ni benefit dia bukan dapat kat kita. Duit tu dapat kat orang yang masih hidup, orang yang kita nak tinggalkan nanti.
Kita taknak depa susah dan meminta-minta. Kita nak hidup dan makan pakai depa terjaga.
Itu sahaja.
Baik Great Eastern, Prudential, AIA, Ikhlas, Etiqa, Zurich dan sebagainya, semua ada menyediakan Takaful Hayat dengan plan Hibah ini.
Carilah mereka dan minta nasihat.







Leave A Reply