• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Derma Surau

02/05/2018

Bulan Ramadan dah dekat tapi surau masih belum berjaya didirikan lagi.  Sukarlah untuk berjemaah dan berukuhuwah di sekitar kejiranan ini.

Komuniti Islam di Bandar Rimbayu, sebuah kawasan perumahan baru memerlukan segera sebuah surau.  Pihak jawatankuasa surau bercadang nak siapkan sebuah surau sementara terlebih dahulu di tapak yang telah diluluskan.

Semoga dengan adanya surau sementara ini, dapatlah komuniti Islam di sini semua berjemaah dengan sempurna sempena Ramadan ini.

Kos surau sementara memerlukan belanja sekitar RM50,000 dan buat masa ini jumlah sumbangan yang diterima belum berjumlah RM5,000 pun.  Diperlukan sekitar RM10,000 untuk memulakan kerja-kerja asas.

Oleh itu saya sebagai ahli komuniti kawasan kediaman ini dengan rendah diri memohon jasa baik rakan-rakan sekalian bagi membantu menyumbang kepada projek surau ini.

Sumbangan boleh dibuat secara online transfer, cek dan kiriman wang atas nama:
Nama Akaun : MOHD NAZMI BIN MAT YAHAYA (Bendahari)
No. Akaun : 5628 6105 0757
Bank : Maybank
Email : surau.rimbayu@gmail.com
*sila email resit sumbangan untuk rujukan

Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini pihak tuan/puan boleh menghubungi En Zainal (012-305 6062), En Nazmi (012-604 9675) atau En Hafiz (012-609 6572).

Saya bagi pihak jawatankuasa surau mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan semua di atas sumbangan yang diberikan.

Semoga segala amal jariah ini diberkati ALLAH dan mendapat ganjaran kebaikan yang berkekalan di akhirat nanti.

Wassalam.

Share

Blog  / Peoples  / Volunteers

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved