Cadangan buat peniaga nasi lemak.
Lepas ni mohon makcik, kakak, abang, adik, anak dara atau mak janda peniaga nasi lemak letak tanda dilarang merokok di gerai anda. Terutamanya di hadapan lauk pauk yang terhidang tu.
Orang kita ni jenis bebal dan bingai. Depan rezeki, tengah pilih lauk pun dia boleh sedut dan hembus asap rokok dia. Dia ingat boleh tambah perisa dan lagi sedap orang lain nak makan lauk tu kot.
Disebabkan pemikiran orang sebegini tak sampai aras yang membolehkan dia fikir mana baik dan buruk, maka dengan adanya tanda larangan merokok tu mungkin dia akan tahu dan sedar.
Kalau boleh letak tanda depan periuk tu jadi setiap orang yang beratur dan tiba giliran nak pilih lauk tu nampak sejelas-jelasnya.
Tak pun buat dua atau tiga, biar yang tengah beratur pun nampak. Dah beratur ramai-ramai tu nak dihisap juga rokok tu dah kenapa? Kau ingat orang suka ke asap rokok kau tu?
Mohon makcik, kakak, abang, adik atau anak dara dan mak janda yang jual nasi lemak sila ketuk kuat-kuat kepala orang yang hisap rokok ketika memilih lauk tu dengan sudip.
Kalau boleh sudip besi.







Leave A Reply