Dulu waktu mula-mula nak menulis kisah peribadi saya di FB ini saya sangat takut dan ragu-ragu. Saya sangat-sangat jarang bercerita tentang hal keluarga kepada umum.
FB ini pun ketika itu cuma ada 900 kawan sahaja.
Namun setelah isteri saya meninggal, saya jadikan FB ini medium untuk saya meluah rasa dan menghilangkan ketat di dada.
Memang saya rasa lega dan segala mesej yang saya terima seperti di screenshot tersebut hari demi hari membuatkan saya semakin bersemangat untuk menulis dan berkongsi.
Terlahirlah buku Diari Superdaddy, antara himpunan kisah di FB sebahagiannya dan sebahagian lagi adalah cerita eksklusif yang tidak pernah saya tulis di sini.
Alhamdulillah, ada cerita suka duka di dalamnya. Paling penting ada sesuatu untuk para suami dan isteri ambil iktibar daripadanya.
Stok buku ini akan sampai ke tangan saya minggu hadapan.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan naskah yang bertandatangan berserta mesej khas ini boleh dapatkan segera sebelum kehabisan.
Saya ambil stok sikit sahaja.
Boleh klik link ini untuk pembelian segera.
https://shop.khairulabdullah.com/product/diari-super-daddy/
https://shop.khairulabdullah.com/product/diari-super-daddy/
https://shop.khairulabdullah.com/product/diari-super-daddy/
Beli dulu sekarang, Rabu depan saya pos.







Leave A Reply