Tahukah anda di Jerman anda tidak dibenarkan membasuh kereta anda di kawasan rumah?
Sepanjang tempoh saya tinggal di Jerman, memang saya tidak pernah tengok orang basuh atau cuci kereta di kawasan rumah sendiri. Semuanya pergi ke kedai atau stesen minyak yang ada khidmat atau ruang mencuci kenderaan.
Itulah peraturan yang harus diikuti oleh sesiapa sahaja yang tinggal di Jerman.
Kenapa tak boleh basuh kereta?
Ini bagi mengelakkan bahan kimia dari sabun pencuci dan juga minyak dari kenderaan mengalir masuk ke dalam sistem air bawah tanah dan mencemarkannya.
Namun anda boleh basuh kereta di rumah jika anda guna sabun dari jenis mesra alam sekitar dan “bio-degradeable”. Jika ada polis datang ketika sedang membasuh kereta (biasanya dilapor oleh jiran atau orang ramai yang nampak perbuatan anda) maka bersedialah untuk menunjukkan bukti yang sabun anda tersebut “environmental friendly”.
Kalau tidak maka terimalah saman seadanya.
Saman lagiiii…
Best tak?







Leave A Reply