• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Dirgahayu Malaysiaku

12/05/2018

Assalamualaikum dan salam hormat.

Tulisan saya semalam berkaitan ubah sikap dan mentaliti yang viral sebenarnya tiada kaitan langsung dengan mana-mana parti politik.  Saya tidak pernah membawa agenda politik di dalam mana-mana penulisan saya.

Tulisan tersebut adalah bersifat universal.  Semua pihak termasuk parti politik boleh gunakannya untuk tujuan muhasabah diri, bukannya sebagai alat propaganda untuk meraih undi ataupun simpati.

Seperti yang saya tegaskan di dalam tulisan tersebut, perubahan adalah bermula dari dalam diri.  Kena ubah diri terlebih dahulu kemudian barulah keluarga, masyarakat dan juga negara.

Perubahan yang dilakukan dari bawah ke atas adalah lebih kuat dan kukuh berbanding perubahan yang dibuat dari atas ke bawah.

Memandangkan kerajaan sudahpun bertukar, dimana rakyat iaitu kita semua dilihat sudah berani untuk berubah maka ia adalah masa yang sesuai untuk kita ubah segalanya.

Jadi, usahlah bergaduh samada anda di pihak kerajaan ataupun di pihak pembangkang.  Kita belajar daripada apa yang telah berlaku beberapa hari kebelakangan ini dan ambil iktibar dari apa yang telah kita alami selama puluhan tahun yang lalu.

Saya sebagai seorang penulis, ini cumalah sumbangan kecil yang dapat saya lakukan demi negara saya yang tercinta.  Ikutilah tulisan saya di page ini dan kalian akan tahu dari dahulu lagi saya memperjuangkan isu perubahan minda dan mentaliti ini.

Sehinggakan saya menulis 3 buah buku bagi memperincikan lagi pandangan serta objektif saya di dalam membentuk warganegara yang bermentaliti kelas pertama.

Jadi apabila ada yang mempersoalkan motif saya di dalam menulis tentang ini maka ketahuilah yang saya cuma mahukan sebuah negara yang maju dan hebat yang mana rakyatnya yang juga hebat dan dikagumi dunia.

Bagi yang bergiat di dalam politik, ini adalah lembaran baru untuk kalian.  Juga masa yang paling sesuai untuk melihat dan menilai kembali apa yang anda boleh sumbangkan untuk negara.

Buat kita rakyat biasa, kita bantu sedaya upaya.  Kita jaga kebersihan, kita ikut peraturan dan undang-undang, kita buang sikap bermalas-malasan dan kita secara perlahan-lahan elakan subsidi.  Kita ambil iktibar dan contoh dari apa yang dipraktikkan oleh rakyat-rakyat di negara maju seperti Jepun dan juga Jerman.

Mudah-mudahan di dalam jangkamasa 10-15 tahun yang akan datang, kita dapat berbangga apabila melihat kembali apa yang telah kita kecapi hasil perubahan yang kita semua sama-sama mulakan hari ini.

Semoga dengan semangat yang kalian tunjukkan di dalam perkongsian tulisan saya semalam dapat kita sama-sama praktikkan demi untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara kita Malaysia yang tercinta ini.

Dirgahayu Malaysiaku.

KHAIRUL ABDULLAH
12 Mei 2018
…………………

Jika anda berminat dengan tulisan saya semalam, anda pasti berminat juga dengan tulisan-tulisan di dalam buku saya.

Buku-buku saya boleh didapati di mana-mana kedai buku berdekatan anda ataupun secara online.

1.  Mentaliti Jamban, 2016 – Tercalon Anugerah Buku Pilihan Popular Berita Harian 2017

2.  Untunglah Malaysia Masih Aman, 2017

3.  Mentaliti Masih Jamban, 2018

Senarai dan review buku-buku saya boleh dibaca di pautan Goodreads seperti berikut:

https://www.goodreads.com/author/…/14856574.Khairul_Abdullah

#MalaysiaBaharu
#Jomubah

Share

Blog  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved