Dompet saya sekarang ni tebal ya amat, nak tutup pun payah.
Sebab bukan duit banyak yer, tetapi kad yang banyak. Dulu kad-kad ni separuh ada dalam dompet isteri, sekarang semua ada pada saya.
Banyak kad penting untuk anak-anak seperti Mykid, kad insurans, kad Toys r Us dan juga kad lain seperti kad loyalti, kad diskaun, kad bank, ic, lesen, frequent flyer dan segala mak nenek lagi.
Orang pompuan mujur lah dompet diorang besar dan diorang ada beg Doraemon. Orang lelaki kacak macam saya ni payahlah. Dompet kecil sahaja, tiada beg pulak.
Jadi, apa solusinya?
Pilih kad yang penting sahaja masuk ke dalam dompet? Kadang-kadang yang tak penting tu lah yang nak pakai.
Gunakan beg clutch? Oh no. Nehi kabi nehi.
Gunakan beg courier/messenger yang silang kat dada tu lagilah nehi kabi nehi.
Ada saranan lain?







Leave A Reply