• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Dua Tetamu

18/04/2019

Hari ini ada 2 individu datang berjumpa saya di pejabat.

Maka seharianlah saya melayan tetamu yang datang jauh dari Klang dan KL ni.  Tetamu seorang tu awal, yang sorang lagi tu lambat kemain.  Rasa nak kunci jer pintu biar dia menangis kat luar.  Geram pun ada.

Yang lambat tu datang dengan niat nak belajar, katanya.

Sebelum ni dia pernah jumpa saya di pesta buku.  Saya tak perasan mulanya bila ada makhluk tegur saya.

“Daddy, I love you!”

Ha sudah, jantan mana pulak dok ber”I luv u” dengan aku ni.  Namun bila pandang betul-betul barulah perasan.  Cikgu yang sedang berusaha mempopularkan dirinya di media sosial rupanya.  Korang kenal dia sebagai Cikgu Pe Chey.

Kami sebaya, jadi bila bersembang jer terus “clicked” melekat.  Mudah-mudahan segala ilmu yang saya curahkan hari ini pada dia tak sia-sia.  Kalau dia sia-siakan jangan harap aku nak kawan lagi dengan dia lepas ni.

Korang follow lah dia, support lah dia.  Dia pun ada kerja kebajikan yang dia buat, lepas tu dia tulis pun boleh tahan sedap jugak.

Follow lah yer.

Orang yang kedua ni orang penting.

Orang yang sebahagian dari hidupnya dihabiskan untuk membantu dan membahagiakan orang lain.  Korang mungkin pernah dengar Babybox, sebuah badan yang mendermakan kotak barangan bayi kepada keluarga yang memerlukan.

Kami bersembang panjang, bertukar dan berkongsi idea bagaimana untuk NGO tersebut menjadi sebuah badan yang lebih baik, effisen dan effektif.

InshaAllah saya akan membantu dan menyokong usaha-usaha mereka.  Selepas ini saya akan promosikan program-program yang dijalankan oleh Babybox Malaysia dan saya berharap rakan-rakan semua akan turut sama membantu berkongsi dan juga memberi derma samada dari segi wang ringgit mahupun tenaga.

Korang follow dulu page Babybox Malaysia ni.

InshaAllah, kita sama-sama cari asbab untuk ke syurga.

Buat Cikgu Pe Chey dan Puan Sheyliza Hanafiah terima kasih sebab belanja saya lunch tadi.

#DiariSuperDaddy
#Babybox

Share

Blog  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved