Pernahkah anda ditanya soalan begini?
Saya seringkali ditanyakan soalan sebegini samada oleh isteri, teman-teman ataupun diri saya sendiri.
Kenapa?
Saya selalu tercari-cari barangan seperti kunci, handphone, tiket parking atau apa saja barangan kecil yang akhirnya dijumpai berada di dalam genggaman saya.
Pelik kan?
Perkara tersebut bukanlah berlaku setiap hari…mungkin 3-4 kali setahun, tetapi ia pasti terjadi. Teringat cerita seorang kawan beberapa hari lepas ketika beliau menaiki komuter dari Sg Buloh ke Sentral. Saya quote dari facebook beliau “Sorang brader menggelabah cari hp hilang dalam ktm komuter. Dia tanya bini dia kalau ada tersimpan kat dalam handbag. Bini dia sound balik “yang awak tengah pegang tu apa?”. Brader kemaluan tahap gaban.”
Semalam perkara yang sama terjadi kepada saya ketika hendak membayar parking di pejabat. Selesai membayar parking, saya berjalan menuju ke kereta sambil meraba segala poket dari baju hinggalah ke seluar untuk mencari kunci kereta. Setelah puas mencari dan tak berjumpa saya berharap yang ianya tidak tercicir dan pasti berada di atas meja di dalam pejabat. Maka saya dengan rasa malas berjalan menuju ke lif untuk naik ke pejabat. Ketika menekan butang lif, saya ternampak kunci kereta yang disangkut di celah jari kelingking saya…alahai..
Pelbagai lagi kejadian seperti itu yang terjadi kepada saya yang tak perlu saya ceritakan di sini. Kesimpulannya, kunci, rokok, handphone, tiket parking, pen dan pelbagai barangan kecil lain sering berada di dalam genggaman ketika diri sendiri gelabah mencari barangan tersebut.
Apakah ia juga sering berlaku kepada anda? ENTAHLAH..I dont know..but I surely believe it happened.







Leave A Reply