• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Ekopakz

13/08/2021

Tengah potong kuku pagi tadi terus teringat nak tunjuk kat korang tempat aku simpan pengetip kuku.

Ni ha dalam bekas silikon “zip lock” dari ekopakz ni.

Dia bukan plastik okeh, diperbuat dari “food grade” silikon yang tebal. Tiada plastik atau BPA. Jadi boleh buat untuk simpan makanan. Boleh juga simpan apa sahaja barangan macam kau simpan guna plastic ziplock tu.

Ekopakz ni dia tahan panas, boleh masuk microwave, boleh masuk oven juga sehingga 220c. Boleh masuk freezer boleh masuk dishwasher. Sangat tahan sejuk juga sehingga -40c okeh.

Produk ni ada sijil kelulusan FDA, terbukti tak mengandungi sebarang unsur plastik dan tak membebaskan sebarang bahan kimia.

Sangat selamat digunakan.

Nak tahu lebih lanjut boleh tengok di sini:

https://ekopakz.com/

https://instagram.com/ekopakz?utm_medium=copy_link
Ada 5 saiz semuanya dah harga bermula RM16.90 untuk saiz 400ml.

Yang kecik tu just nice untuk isi jajan untuk kunyah-kunya sambil layan Netflix. Yang besar tu saiz 2000ml, aku buat isi sayuran. Lagi satu buat isi ikan, masuk freezer.

Yang saiz sedang korang boleh buat simpan toiletries atau alat mekap. Dah tak pecah atau bocor lagi dah macam guna plastik ziplock tu.

Korang belilah satu atau dua dan cuba dulu tengok. Benda alah ni boleh guna lama tau. Kalau ziplock tu cepat rosak, dan tak boleh guna pelbagai. Yang ini boleh guna sampai 5000 kali okeh.

Berbaloi tau.

#superdaddy

Share

Blog  / Gadgets  / Websites

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved