“Daddy, daddy, I feel sick.”
Bergegas saya ke arah Khaleef yang baru terjaga dari tidur dan terus pegang badan dan dahi dia. Agak panas, tetapi tidak demam.
“Are you ok? You feel sick? Your stomach ache?”
“I cant breathe daddy. Can I get my puff?”
“Yess sure. Hang on.”
Terus saya berikan ventolin seperti yang dia minta. Siap minta saya bawakan dia ke hospital esok pagi nak jumpa doktor katanya. Saya mengiyakan dan suruh dia sambung tidur.
Ketiga-tiga mereka batuk-batuk dan selsema sehari dua ni.
Khaleef kalau mula batuk dan selsema maka asthma dia akan datang menyerang. Khaleel pula sekadar selsema dan batuk sedikit, jarang-jarang asthma dia datang. Dia lebih berdaya tahan berbanding abangnya.
Baby pula selsema, sesekali kedengaran dia batuk. Siang tadi jatuh tersembam setelah ditolak si Khaleel ketika main kejar-kejar. Maka berdarah mulut akibat luka di bibirnya. Menangis sakanlah dia.
Anak kecil begitulah, ada yang kerap sakit ada yang jarang sakit. Yang baru dapat kaki kerap pula tercedera.
Mujur juga rakan-rakan dah bagi macam-macam tips kesihatan untuk anak-anak ni. Mana yang sesuai saya sudah praktikkan. Moga-moga dalam sehari dua ni baiklah.
Bila anak-anak tidak sihat begini maka tidur saya tidak nyenyak. Kena sentiasa alert, kena selalu bangun tengokkan mereka. Risau juga kalau apa-apa jadi. Sudahlah seorang diri, susah jugak nak handle nanti.
Takpe, saya dah bersedia. Dah ada plan apa nak buat jika ada kecemasan.
InshaAllah, semuanya akan baik-baik sahaja.







Leave A Reply