• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

First Day of Ramadhan – Satu Hari Yang Panjang

20/07/2012

Hari ini, Jumaat 20hb Julai 2012 adalah hari pertama puasa di sini. Kebanyakan negara Eropah dan beberapa negara di Afrika dan juga Australia menyambutnya pada hari ini. Rakan-rakan dan keluarga di Malaysia akan mula berpuasa pada esok hari.

Hari ini saya tidak bekerja, tiada temujanji atau ‘assignment” yang perlu saya siapkan, jadi duduk di rumah sambil melayari internet dan membaca adalah perkara terbaik yang dapat saya lakukan sekarang. Untuk keluar berjalan atau mengambil angin di luar di bulan puasa dan di musim panas ini adalah idea yang sangat tidak baik kerana ianya bakal mengurangkan pahala puasa saya. Maklum sajalah…musim panas di negara “omputih” ni..banyak sangat “freeshow” nya.

Walaupun begitu, agak bernasib baik di tahun ini berbanding puasa tahun lepas yang juga pada musim panas adalah cuacanya – tahun ini lebih dingin dan nyaman. Suhu diantara 16-25 darjah celcius tidaklah terlalu panas dan “freeshow” jugak kurang.

Namun cabaran utama berpuasa di musim panas adalah waktu siangnya yang sangat panjang iaitu lebih 18 jam. Di hari pertama puasa ini, bersahur adalah seelum 2.33 pagi dan berbuka adalah pada jam 9.25 malam. Panjangkan?

Terkenang di Malaysia – hari ini pasti sangat sibuk, jalan “jem”. Jalan yang tak pernah sesak sebelum ni semuanya sesak, yang tak pernah jem pun jem…sebab semua orang berpusu-pusu hendak balik awal dan singgah di bazaar ramadhan. Penuh dijinjing beg plastik yang berisi segala jenis makanan, karipap, ayam percik, tepung pelita, karamel, roti jala, ayam golek, popia, roti john, air tebu, sirap bandung Β dan macam-macam lagi.

Di sini – lain senarionya. Tiada bazaar ramadhan, tiada kuih-muih istimewa, tiada “jem” dan tiada semuanya. Yang ada cuma poster-poster promosi sempena ramadhan di kedai-kedai telefon yang memberikan potongan harga istimewa. Namun di MunchenerStrasse – sebuah jalan yang menempatkan masjid dan deretan kedai Turki pasti akan lebih meriah dan sibuk.

Sambil menaip, saya sedang memikirkan apakah juadah untuk berbuka hari ini. Saya perlu memikirkannya kerana saya perlu masak, kalau di KL boleh saja ke bazaar ramadhan dan tunjuk sahaja mana yang mahu. Di sini saya harus ke kedai lepas Jumaat nanti untuk membeli bahan-bahan yang perlu.

Saya teringinkan murtabak. Itulah kegemaran saya sepanjang ramadhan.

berpuasa di musim panasfasting in germanyfasting overseasjuadah berbuka puasakuih bulan puasakuih tradisipuasa 18 jampuasa di frankfurtpuasa di jermanpuasa di perantauanpuasa yang panjang
Share

Blog  / Experience

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

You might also like

Ramadhan is Upon Us
19/07/2012

14 Comments


Puan Gojes
20/07/2012 at 2:47 pm
Login to Reply

selamat menjalani ibadah puasa khairul πŸ˜‰ oh, awal sehari erk kat sana. saya tak tahu pula πŸ˜‰



    Khairul Abdullah
    20/07/2012 at 3:15 pm
    Login to Reply

    Puan Gojes,

    Selamat berpuasa kepada puan juga. Yer awal sehari di sini, so raya awal lah saya πŸ™‚

Sarina Saad
23/07/2012 at 3:10 am
Login to Reply

Selamat Berpuasa, lamanya berpuasa hmm..kat sini walaupun dari jam 5.50am – 7.30pm pun dah terasa apabila anak-anak yang baru belajar puasa baru pukul 2 dah minta berbuka..habis semua psp n apa p di keluarkan bagi melekakan mereka. Bila di suruh tidur, yang di tepuk tak tidur omak n bapaknya yang tertidur. Maknanya apa yang di makan masa berbuka tadi tak sempat hadam dah kena makan untuk bersahur pula..Apa-apa pun selamat menghadapi cabaran/ dugaan sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini…



    Khairul
    23/07/2012 at 4:17 am
    Login to Reply

    Haha…cabaran berpuasa bersama anak-anak adalah lebih besar dari cabaran puasa selama 18jam. Selamat berpuasa untuk Pn. Sarina sekeluarga, semoga mendapat rahmat yang melimpah-ruah di bulan ramdhan yang mulia ini. Aminnnn.

NenetPenne
24/07/2012 at 7:35 am
Login to Reply

i rasa dah komen byk kali tetapi tetaplah error… loading error…



    Khairul
    24/07/2012 at 10:01 am
    Login to Reply

    Nenet,

    Kenapa yer? hmmm..cer letak your link kat ruang website tu..rasanya ok kot. Kalau tanak letak link you..letak ler link google ke or anything. It shud be ok. Just afraid that the spam catcher yang buat loading error tu. Sorry for the inconvenience.

Su
24/07/2012 at 8:46 am
Login to Reply

Hari ke-4 di sini hari ini. Yang peningnya ialah, duk fikir nak masak apa. Saya kurang berminat ke bazar ramadhan sebab mknannya yg susah nk kena dgn selera, adakalanya basi atau terlebih manis/tawar/dll..

Petg ni nk masak apa agaknya yer…



    Khairul
    24/07/2012 at 10:04 am
    Login to Reply

    Su,

    Hari ke-5 di sini. Setiap hari saya masak sama macam Su, cuma sebabnya di sini takde bazaar ramadhan, so..takde choice. πŸ™‚

    Petang ni saya nak buat murtabak..Su pulak?

ladywindsor
24/07/2012 at 8:18 pm
Login to Reply

hmm..ingatkan saya saja yg puasa panjang sampai 15 jam..di german lagi panjang ya…tak pe..sila bertawakal…dah buat murtabak? πŸ™‚



    Khairul Abdullah
    24/07/2012 at 10:13 pm
    Login to Reply

    Haha..memang..panjang sungguh puasa kat sini…tetapi dah ok…hari first n second jer yang penat skit.

    Murtabak baru jer buat hari ni. Lepas segala rindu dendam nak makan murtabak πŸ™‚

aishahkay
31/08/2012 at 1:00 am
Login to Reply

Thanks for dropping by at my blog. πŸ™‚
Salam Aidilfitri.



    Khairul Abdullah
    31/08/2012 at 9:51 am
    Login to Reply

    Aishah,

    Salam Aidilfitri kepada saudari juga.

Vie Hassan
03/08/2013 at 8:20 pm
Login to Reply

tersentuh baca kisah perantau.rasa bershukur apa yg aku ada.sebenarnya aku baru nk belajar buat roti jala.idea yg bagus..kreatif.



Khairul Abdullah
04/08/2013 at 5:35 am
Login to Reply

Terima kasih kerana membaca blog saya dan selamat mencuba buat roti jala yer πŸ™‚



Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

Β© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved