• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Flyover ke Istana baru tidak bersambung..

01/03/2011
Flyover ke istana tidak bersambung
Alignment yang sepatutnya
Istana Negara yang baru di Jalan Duta
Setiap pagi saya menggunakan lebuhraya utara selatan, keluar ke jalan duta dan terus ke susur Bukit Tunku di India High Commissioner. Flyover menuju ke istana negara baru sedang dibina di situ dan sedikit sebanyak menjadi punca kepada kesesakan trafik setiap pagi dan petang.

Mengikut pengamatan saya, flyover tersebut sepatutnya sudah siap berdasarkan kerja-kerja yang dijalankan di situ sungguh rancak berjalan sejak awal tahun lepas. Namun sejak sebulan dua yang lalu, nampaknya tiada progress kerja dan tidak lagi nampak kelibat pekerja-pekerja indon dan bangla di waktu pagi. Saya merasakan ada yang tidak kena.

Semalam saya menggunakan lagi laluan yang sama tetapi tidak masuk ke Bukit Tunku tetapi terus untuk ke Jalan Semantan. Apa yang saya dapat lihat ialah seperti gambar di atas. Kepingan modul flyover tersebut tidak bersambung dan ianya tidak selari “align” di antara 2 seksyen sambungan tersebut.

Jarak ruang mungkin dalam 1 atau 2 kaki, melalui pengamatan mata kasar ketika hujan dan “alignment”nya tidak selari hampir 5-6 inci. Bagi pendapat saya, tidak mungkin perkara tersebut disengajakan. Saya banyak menonton Discovery Channel dan melihat kerja-kerja sebegitu dijalankan. Masalah seperti yang diceritakan di atas dikira sebagai kegagalan pihak jurutera membuat perkiraan yang tepat.

Mungkin perkiraan sudah tepat tetapi faktor geologi tapak pembinaan menyebabkan sedikit mendapan yang telah menyebabkan ianya tidak dapat bercantum. Salah siapa? Kontraktor patut memastikan yang tapak binaan telah diperkemaskan dan sudah “settle” untuk tempoh waktu tertentu bagi mengelakkan mendapan. Saya cuma mengandaikan sebagai seorang “layman”. Mungkin itu adalah teknik pembinaanya yang terkini. mungkin juga cara pihak kontraktor membinanya bagi mengelakkan masalah lain yang dihadapi. Mungkin akan diletakkan penyambung besi atau konkrit di antara keduanya. Tetapi yang musykilnya, kenapa “alignment”nya tidak sama??

Sebagai orang biasa yang tidak paham kerja-kerja kejuruteraan, mungkin itu adalah kegagalan pihak jurutera dan kontraktor. Sebab itulah  kerja-kerja tersebut telah diberhentikan sementara bagi mencari penyelesaian kepada masalah tersebut.

ENTAHLAH..I don’t know. Tetapi apapun, segeralah! kerana kami pengguna jalanraya tidak mahu dibebani oleh masalah kontraktor dan jurutera yang tersalah perkiraan.

Nota : Sila betulkan saya sekiranya anggapan saya terhadap perkara di atas adalah salah.


flyoveristana baruistana negaratidak bersambung
Share

Believe It or Not  / Blog  / Complaints  / Knowledge

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved