• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Forgive & Forget

07/10/2019

Kunci kebahagiaan.

Apa yang buat saya bahagia selain ada anak-anak, keluarga serta kawan-kawan yang baik adalah hati yang tenang.

Sesungguhnya saya tidak pernah berdendam kepada sesiapa pun.  Memang ada kala saya pun terasa hati, ada kala saya pun marah, ada kala saya juga berkecil hati, namun semuanya saya tidak simpan lama-lama.

Saya cepat-cepat lupakan semua dan move on.

Marah dan dendam ni ibarat barah yang memakan hati.  Terpandang orang yang kita dendam maka kita akan sakit hati, ternampak nama dia pun kemain geram lagi.  Benda tak menguntungkan tak perlu fikir dan simpan.

Jadi saya sentiasa maafkan agar saya dapat move on segera.  Forgive and forget, kata orang putih.

Sungguh, saya tidur lena setiap malam.  Tak perlu fikir orang yang ingin bermusuh atau menyakitkan hati saya.

Hanya fikirkan yang indah-indah tentang anak-anak dan masa depan kami sahaja.

Itulah bahagia cara saya.

Dengan sentiasa menjadi seorang yang pemaaf, hati kita tenang.

Maafkanlah.

#KhairulAbdullah
#ForgiveAndForget

Share

Blog  / Experience  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved