Akhirnya perkara yang paling saya tak ingini datang juga.
Petang tadi tiba-tiba rasa tidak sedap badan, kepala rasa sakit serta pening, mula rasa mual dan hendak terus termuntah ketika memandu.
Gagahkan diri pergi ambil anak-anak.
Sampai sahaja di rumah rasa ingin terus rebahkan badan. Rasa ingin pejam mata seketika dan hilangkan segala rasa yang sangat tidak selesa.
Tapi apakan daya.
Baby menangis taknak berenggang, si abang pula kelaparan, si adik pula meminta macam-macam.
Aduhhh.
Tarik nafas dalam-dalam dan teruskan rutin sambil mendukung baby ke hulu hilir. Penatnya, sakitnya, tidak selesanya.
Rasa lemah, rasa tak berdaya. Helpless, orang putih kata.
Terus terbayang arwah isteri.
“How I wish you were here and help me to get through this.”
Bergenang air mata.
Gagahkan juga.
.







Comment
Please stay strong, Khairul..demi anak anak…