Tadi waktu nak hantar kereta pergi servis, dok berdoa agar janganlah mekanik tu suruh tukar macam-macam. Bajet ciput ni, nak tukar minyak hitam jer pun.
Tetapi, begitulah selalunya.
Ada sahaja benda itu dan ini yang rosak lah, yang bocor lah, yang pecahlah. Bahaya ni kalau tak tukar, katanya. Tayar pun dah tak elok dah ni, bahaya ni. Macam-macam skrip dia.
Tetapi memang betullah, bahaya kot kalau tak ganti benda-benda yang rosak tu.
Jadi nak tak nak, dengan linangan air mata, abang korbankan saki baki yang ada demi keselamatan dan nyawa anak-anak yang tidak ternilai itu.
Demikianlah cerita hari ini.
Terima kasih.







Leave A Reply