Antara benda yang harus ada kat dapur kau adalah Garlic Oil dan Chilli Oil.
Depa dua ni menambah kelazatan kepada nasi panas dan juga makanan berkuah tau. Waktu nak makan tu kau ceduklah sesudu dua masukkan dalam nasi atau sup kau.
Padu wehh.
Nak buat dia pun senang gila.
***
Untuk Infuse Garlic Oil ni bahan-bahan dia:
2 cawan minyak atau minyak zaitun yang mana kau suka.
1-2 labu bawang putih, buang kulit dan potong.
Cara dia:
1. Masukkan minyak dalam kuali dan terus masukkan bawang putih. Lepas tu baru buka api paling slow dan biar dia tumis perlahan-lahan sampai kekuningan.
2. Tutup api dan terus masukkan dalam botol.
Siap!
Tips: Jangan sampai keperangan tau, nanti dia akan terus masak dalam minyak tu walaupun dah tutup api.
***
Untuk Chilli Oil Sechuan Style pulak:
½ – 1 cawan serbuk cili (chilli flakes)
2 cawan minyak masak
1 batang kulit kayu manis
5 ulas bunga lawang
1 helai daun salam/bay leaf
1 sudu lada biji/pepercorn
Sedikit garam
Caranya:
1. Masukkan serbuk cili ke dalam botol atau jar dan taburkan sedikit garam dan kacau.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dengan api sederhana. Masukkan semua bahan dan tumis sekejap sampai naik bau.
3. Tutup api dan tapis minyak tadi (nak minyaknya sahaja) terus ke dalam botol yang ada serbuk cili tu. Tuang minyak panas tu tau, jangan tunggu sejuk baru nak masuk botol yang ada chilli flakes tu.
Siap!!.
***
Bolehlah kau ceduk setiap kali nak makan dengan makanan berkuah ataupun nasi. Nak masak pun kalau kau dah malas nak menumis bagai kau boleh terus guna minyak tu jer.
Paling best, tiap kali kau nak makan nasi panas, kau ceduk sesudu kecil garlic oil dan sesudu kecil chilli oil tu kau gaulkan. Makan dengan ikan pekasam atau ikan masin pulak.
Perghhhh berdesup pergi dia.
Tak tipu.







Leave A Reply