Tips Kembara.
Bagi sesiapa yang malas nak buat itinerari, Google baru melancarkan applikasi kembara terbaru yang dipanggil Google Trips untuk memudahkan anda merancang kembara atau percutian anda. Saya baru mencubanya siang tadi dan nampaknya applikasi tersebut agak lengkap dan sangat memudahkan.
Anda hanya perlu muat turun melalui di telefon anda kemudian log masuk menggunakan email anda. Semua data dari email seperti penempahan tiket penerbangan, hotel dan sebagainya akan diekstrak terus ke dalam itinerari dan jadual anda. Kemudian anda boleh menambah segala apa rancangan anda untuk setiap hari percutian di setiap bandar di seluruh dunia.
Paling bagus applikasi ini boleh berfungsi secara offline di mana selepas siap perancangan anda, maka tidak perlu lagi sambungan internet untuk anda melihat kembali semua maklumat dan itinerari anda di dalam applikasi tersebut.

Siapa nak pergi bercuti tak kira di dalam atau luar negara patut mencubanya.







Leave A Reply