• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

GOSSIP JIRAN SEBELAH

27/10/2015

Ini bukan gossip tetapi cerita tentang orang yang bergossip secara terbuka dan sekampung boleh dengar gossip tu.

Pada suatu masa dulu abang selalu tertanya-tanya, kenapa orang yang sedang bekerja di kaunter-kaunter pembayaran ni suka bergossip. Bukanlah semua, tetapi seringkali abang mengalaminya. Kalau gossip waktu takde pelanggan ok lah, ini pelanggan tengah ramai tengah membayar, boleh pulak dia bergossip sakan dengan jiran kaunter selang sebaris.

Sekali tu abang kena, tiga orang pekerja kaunter bayaran di supermarket bergossip tentang rakan mereka yang bercuti tanpa kelulusan kononnya – sampai tidak menghiraukan pelanggan sekeliling. Akak yang tengah bayar depan abang tu buat muka tak puas hati sebab barang-barang yang dah scan tu dia main campak saja. Tangan masing-masing bekerja, scan harga barang namun mata, kepala dan mulut sedap bergossip dengan kaunter sebelah kiri dan kanan.

Sampai giliran abang pun sama dik, abang sampai hari ni..selepas beberapa tahun masih ingat setiap butiran gossip tersebut. Punya lah kuat diorang bercakap seolah-olah tidak ada orang lain kecuali mereka bertiga sahaja.

Takdenye nak diucapkan selamat atau salam kepada pelanggan, takde nak diucapkan terima kasih kepada pelanggan yang selesai membayar. Memang best gossip gamaknya sampaikan pekerjaan dibuat separuh hati, atau suku hati atau suka hati sahaja. Terpaksalah abang mendengar gossip yang masih terngiang-ngiang sehingga ke hari ini.

Abang trauma dik, trauma!!

Cerita kedua.

Pada suatu masa, satu kejadian menimpa isteri abang. Beliau nak tambah atau top-up Touch n Go. Jadi pergilah beliau ke kaunter di sebuah stesen minyak. Dua orang pekerja kaunter sedang bergossip sakan dan tidak dihiraukannya isteri abang ni. Isteri abang pun cakaplah nak top up RM50, sambil menghulurkan sekeping not hijau kebiruan tu. Jadinya, pekerja tadi secara endah tak endah mengambil kad Touch n Go bersama not RM50 tadi sambil terus bergossip. Ditangannya dipegang duit tadi, dilihat seimbas lalu sebelum menekan sesuatu di skrin komputer, isteri abang sekali lagi mengingatkan yang beliau hendak top-up RM50.

Selepas beberapa ketika maka, tangannya menghulur kembali kad Touch n Go bersama resit kepada isteri saya. Di resit tercatat jumlah yang ditambah nilai bukanlah RM50, tetapi RM150. Isteri abang pun bertanyalah kenapa di tambahnya RM100?

Kemudian barulah pekerja tadi kata yang isteri abang mintak tambah RM150. Maka berlakulah insiden pot pet pot pet isteri abang. Dengan tegas si pekerja mintak isteri abang bayar tambahan RM100 lagi namun isteri abang menjawab yang beliau cuma ada cash RM50 sahaja. Tambahan pula bukan beliau yang minta RM150 dan sah-sah not yang diberikan cuma RM50 sahaja tetapi pekerja tersebut yang cuai kerana bekerja tanpa memberi tumpuan dan perhatian.

Jadi dengan muka tak puas hati dan jelingan yang tajam, pekerja tadi meminta resit kepada isteri abang dan suruh isteri abang beredar.

Jadi, salah siapa?

Salahkan pelanggan? salahkan kad Touch n Go? Salahkan RM50, atau salahkan gossip?

Entahlah…. Ich weiss nicht! (I donno)

Well…lesson learn the hard way!

p/s: Ada nanti yang kecam abang cakap abang tak faham betapa stressnya orang kerja kaunter, abang tak faham yang itulah cara diorang hilangkan penat dan sebagainya. Memang… memang abang tak faham dik!

Share

Blog  / Complaints  / Experience  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved