• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Happy Anniversary, Sayang

19/08/2019

Hari ini hari ulangtahun perkahwinan saya yang ke-15.

Namun dia sudah tiada.

Saya cuma ingin dia tahu yang kami semua merinduinya.  Suaminya ini sering mengenangkannya, kadangkala hiba menangisinya.  Anak-anaknya juga sering mengungkapkan kerinduan padanya.

Saya cuma ingin dia tahu yang kami semua baik-baik sahaja.  Suaminya ini cekal bertahan, terus melangkah ke depan.  Anak-anaknya juga baik-baik sahaja, sihat dan cukup makan pakainya.  Diberi didikan seperti yang diinginkannya.

Saya cuma ingin dia tahu yang kami masih sentiasa bercakap-cakap tentang dia.  Suaminya masih sering bercerita tentang peribadinya.  Anak-anaknya masih menyebut-nyebut dan sering juga menangis kerana inginkan dakapan dan kucupannya.

Saya cuma ingin dia tahu yang kami sentiasa mendoakannya.  Suaminya sering singgah di pusaranya, sentiasa menadah tangan agar diampunkan segala dosanya dan dikurniakan syurga buatnya.  Anak-anak juga sentiasa mendoakan yang sama.

Saya cuma ingin dia tahu yang kami semua kepingin sekali untuk kembali bertemu dengannya.  Suaminya, anak-anaknya dan seluruh saudara serta rakan-rakannya berharap agar diketemukan kembali nanti di sana.

Semoga diperkenankan olehNya.

Aamiin.

Al-Fatihah buat Almarhumah Marleena Binti Abdul Manaff.

#DiariSuperDaddy

Share

Blog  / Nostalgia

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved