• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Hari Ni Hari Guru

16/05/2019

Ohhh hari ni Hari Guru.

Teringat pada cikgu-cikgu yang pernah aku aniaya dulu.  Kesian cikgu.  Teringat satu kes di mana seorang cikgu kena dengan aku dan kawan-kawan.

Puncanya, aku terdengar perancangan pak guard dengan cikgu untuk “ambush” port hisap rokok kami nanti sewaktu prep malam bermula.

Aku pun bocorkan maklumat tersebut dan berpakat dengan semua.  Malam tu kami tak hisap rokok, namun kami masuk port (tandas) macam biasa dan ada satu tandas berkunci. Kami tahu cikgu ada dalam tu.

Lalu kami pun mengutuk-ngutuk, menendang-nendang pintu, menyimbah air dari atas sehingga cikgu keluar dengan muka yang merah dan basah kuyup.

Kesian cikgu.

Lalu cikgu bawa geng dan habis diorang buat spotcheck.  Hasilnya ramai juga di antara kami yang makan penampar malam tu.

Berdesing oihhh.

Masa pun berlalu pantas.  Permohonan maaf telah dibuat secara peribadi dengan cikgu tersebut dan juga beberapa cikgu lain.

Harap-harap cikgu semua tak sumpah aku masuk neraka.

Namun, kali ini akau berhajat nak jumpa seorang cikgu.  Masih belum berkesempatan.  Aku dah bercakap-cakap di telefon dengan dia, cuma nak cari masa nak melawat tu masih sukar dengan keadaan aku sekarang ni.

Mudah-mudahan ada rezeki untuk jumpa dia, nak mintak maaf walaupun salah aku dengan dia kecik-kecik jer.

Bila dah tua-tua begini semua benda kau nak insaf.  Semua salah kau nak minta diampunkan, semua hutang kau cuba nak lunaskan, semua permintaan kau cuba nak tunaikan.

Sebabnya, umur kau dah makin pendek.  Tak tahu bila masa akan dipanggil pulang.

Begitulah.

Buat semua guru yang pernah mengajar aku.  Ampunilah aku dan halalkan semua ilmu yang pernah cikgu semua curahkan untuk aku.

Buat semua guru tak kira di pelusuk mana anda berada, Selamat Hari Guru aku ucapkan.  Jasa kalian mendidik manusia, sampai mati pun tidak akan pernah terbalas.

Lalu aku doakan semoga Allah memberi ganjaran syurga buat kalian semua.

Aminn, Ya Robbal Al Amin.

#HariGuru2019
#SekolahTengahBendang
#DiariSuperDaddy

Share

Blog  / Nostalgia  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved