• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Hari Penyatuan // Dua Menjadi Satu

03/10/2012

Hari ini sangat signifikan. Hari ini, dua menjadi satu, yang terpisah bertemu kembali, yang terputus bercantum kembali. Sejarah lama dijadikan tauladan, pengalaman buruk dijadikan sempadan. Penyatuan ini bakal membuktikan kepada dunia yang kegagalan pada masa lalu tidak bermakna anda tidak boleh berjaya dan bahagia pada hari ini.

Hari ini dalam sejarah.

Bukanlah hendak bercerita tentang penyatuan 2 insan bercinta tetapi tentang penyatuan sebuah negara.

Hari ini, pada 22 tahun yang lalu, Jerman secara rasmi telah bersatu daripada Jerman Timur dan Jerman Barat kepada Republik Jerman.

Seluruh dunia melihat Tembok Berlin yang memisahkan kedua-dua negara ini secara politiknya telah dirobohkan pada 10 Disember 1989. Saya masih ingat ketika itu saya belajar di tingkatan 3.

Seluruh rakyat Jerman Barat bersorak gembira kerana dapat masuk ke Jerman Barat yang lebih mewah dan stabil politiknya berbanding Jerman Timur yang ketika itu adalah sebahagian dari Kesatuan Soviet yang berfahaman komunis. Selepas proses yang rumit selama berbulan-bulan akhirnya pada 3 Oktober 1990, Jerman telah bersatu sepenuhnya.

SEJARAH

Sedikit sejarah ringkas mengenai Jerman Barat dan Timur untuk pemahamam kepada pembaca.

Setelah tamat Perang Dunia Ke-2, Pihak bersekutu (yang diwakili oleh Amerika, British dan Perancis) dan juga Kesatuan Soviet telah bersetuju untuk membahagikan Jerman kepada 4 zon jajahan iaitu kepada Perancis, British dan Amerika yang semuanya terletak di bahagian barat dan kepada Kesatuan Soviet di bahagian timur, berdasarkan kepada kawasan taklukan atau jajahan yang dibuat semasa perang berlangsung.

Ketiga-tiga kawasan jajahan di bahagian barat perlaha-lahan bercantum dimulai dengan zon jajahan Amerika dan British bercantum menjadi Bizonia dan beberapa bulan kemudian zon Perancis turut bercantum menjadi Trizonia atau Trizone dan secara politiknya menjadi satu. Semasa perang dingin, negeri-negeri di kawasan bersekutu dipanggil Jerman Barat manakala di kawasan Kesatuan Soviet dipanggil Jerman Timur.

Selepas tahun 1949, barulah Jerman Barat ditubuhkan secara rasmi dan dinamakan Federal Republik of Germany dan hanya setelah 6 tahun kemudiannya iaitu pada  5 May 1955, Jerman Barat secara sahnya menjadi negara berdaulat. Namun begitu, tentera bersekutu masih kekal di Jerman Barat dan kini dikenali sebagi NATO (North Atlantic Treaty Organization).

Hanya selepas runtuhnya blok-blok komunis yang dikuasai oleh Soviet Union serta runtuhnya Tembok Berlin yang menjadi simbol pemisah ideologi komunis dan demokrasi pada tahun 1989, Jerman Timur menjadi German Democratic Republic dan bersatu dengan Federal Republic of Germany secara rasmi pada Oktober 1990.

Tembok Berlin yang memisahkan Berlin timur dan barat pada tahun 1986

Peta menunjukkan Berlin Timur dikelilingi tembok dan mempunyai beberapa “checkpoint” atau pintu masuk. Yang paling terkenal adalah Charlie Checkpoint, masih wujud di tengah2 kota Berlin. Menjadi tempat tumpuan pelancong

Jerman Timur (merah) dan Jerman Barat (biru) serta Berlin(kuning) yang turut terbahagi kepada 2 (Berlin Timur dan Berlin Barat)walaupun terletak di kawasan Jerman Barat

Orang ramai berkumpul di hadapan Brandenburg Gate (antara tarikan pelancong utama di Berlin)

Rakyat Jerman Barat sedang meruntuhkan Tembok Berlin

Sebahagian dari sisa tinggalan Tembok Berlin yang masih wujud dan kini menjadi tumpuan pelancong.

Pelancong bergambar di hadapan Checkpoint Charlie

Passport boleh dicop di checkpoint ini dengan bayaran 5 Euro untuk 5 stamp/cop

Saya masih ingat ketika sejarah itu berlangsung, saya sedang belajar di tingkatan 3.

Tiada reaksi ketika itu, cuma “ohhh..tembok berlin sudah roboh”. Tiada signifikan langsung robohnya Tembok Berlin dengan kehidupan saya sebagai seorang pelajar sekolah pada ketika itu. Tidak terlintas langsung yang pada satu hari nanti saya akan tinggal di negara tersebut dan melihat sisa-sisa runtuhan yang menjadi sebahagian sejarah dunia dan sejarah yang cukup bermakna kepada rakyat Jerman.

German Unity Day juga desebut sebagai Independence Day. Jadi, kepada semua rakyat Jerman tak kira juga di mana anda berada (dan sekiranya anda faham tulisan saya ini) saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan dan selamat bercuti.

 

apa itu natohari kemerdekaan jermanjerman baratjerman timurkesatuan sovietpenyatuan barat dan timurpenyatuan jermanperang dunia ke duatentera bersekutu
Share

Believe It or Not  / Blog  / History  / Knowledge

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

22 Comments


my name is lily
04/10/2012 at 4:49 am
Login to Reply

akankah saya ke German suatu hari nanti?

Entahlah….. i don’t know!

Teehee!



    Khairul Abdullah
    04/10/2012 at 3:09 pm
    Login to Reply

    Ek eh…macam pernah dengar jer ayat tu…tapi di mana yer 🙂

tips
05/10/2012 at 1:32 am
Login to Reply

saya faham. hehe!

Timur punya kawasan kenapa > luas??



    Khairul Abdullah
    05/10/2012 at 11:39 am
    Login to Reply

    Tips,

    Sudah tentu anda faham :).

    Maksud awak kenapa “kawasan barat” lebih luas? Ini kerana ketika perang kawasan tersebut telah ditawan oleh tentera bersekutu yang dianggotai oleh British, France dan juga US, manakala kawasan timur ditawan oleh Soviet. Jadi dengan bala tentera bersekutu yang lebih kuat dan ramai, maka lebih banyak kawasan yg ditawan oleh mereka.

ladywindsor
05/10/2012 at 7:53 am
Login to Reply

Kalau macam tu punya gaya, dalam satu negara boleh ada sebahagian rakyat adalah miskin dan sebahagian lagi mewah, Malaysia yg terbaiklah kan. Tapi cuba bayangkan kalau ada tembok KL? Bagaimana agaknya gaya hidup org Malaysia…

Saya pernah baca di akhbar, batu daripada runtuhan tembok berlin itu turut menjadi souvenir item yang laris juga suatu masa dulu…betul ke?



    Khairul Abdullah
    05/10/2012 at 11:52 am
    Login to Reply

    Korea Utara dan Selatan adalah merupakan contoh yang sama dengan Jerman, kawasan utara yang masih berfahaman komunis (sewaktu perang dunia ke-2 kawasan utara di tawan oleh Jepun yang merupakan sekutu Soviet dan ketika perang tamat korea di uruskan secara “trusteeship” berdasarkan garisan “38 Parallel” yang memisahkan utara dan selatan korea. Namun ketika nak buat pilihanraya, soviet tidak mahu bekerjasama dengan UN dan memilih untuk terus berkuasa di bahagian utara dan mengekalkan ideologi komunis manakala kawasan selatan yang dibantu oleh barat memilih untuk menjadi negeri demokrasi. Oleh itu, kedua-dua bahagian yang didukung oleh 2 kuasa utama dunia pada ketika itu mengisytiharkan bahwa kawasan jajahan masing-masing adalah negara berdaulat). Jadi Korea utara + komunis = miskin manakala Korea selatan + demokrasi = ngetop 🙂

    Betul, Malaysia tetap terbaik. Kalaulah ada Tembok KL, kacau bilau lah jadinya. 🙂 Sebab tu negara kena sentiasa aman..politik kena stabil, takut satu hari nanti Malaysia terpecah dua, bermula dari KL ke selatan di jajah oleh jiran selatan manakala ke utara di jajah oleh jiran utara pulak. Nauzubillah.

    Ye betul, batu-batu besar dan kecil dijadikan cenderahati. Kalau taknak beli boleh jer bawak hammer, sambil jalan2 kat tembok tu..ketuk2 lah sikit 🙂

Berliner
05/10/2012 at 7:58 pm
Login to Reply

the wall still is being sold as a souvenirs be it big or small its still being sold in souvenir shops. i am a proud malaysian living and studying in east side of berlin and currently loving it here, to me berlin is just a different capital city to the world because of its history, it cannot be compared to any other capital city of the world.



    Khairul Abdullah
    06/10/2012 at 5:52 pm
    Login to Reply

    Yeah..Berlin is so full of history and i love it too.

nenetPenne
07/10/2012 at 3:00 pm
Login to Reply

tak boleh dibayangkan sebelah sana jerman timur, sebelah sini jerman barat..dipisahkan hanya dengan tembok…

1989, u form 3? masa tu i dah kat uitm…umur sweet 19…

i tot this topic is about.. well… .mmmm…

hope one day i dapat sentuh tembok berlin… LW, please do accompany me..



    Khairul Abdullah
    09/10/2012 at 6:24 pm
    Login to Reply

    Net…1989 u dah 19…wahhhh, kena tukar panggil makcik lah 🙂

    This topic is not about that lah.

    Haaaa..ajak LW, mesti dia nak.

Mummy Akmar
08/10/2012 at 4:24 pm
Login to Reply

Rasa mcm nak pinjam hammer tu je



    Khairul Abdullah
    09/10/2012 at 6:26 pm
    Login to Reply

    Nak buat apa Mummy? nak ketuk tembok berlin ke?

irfa
09/10/2012 at 7:17 am
Login to Reply

KA..
hebat*tepuk tangan*
tahu ttg sejarah jerman,saya bab sejarah mmg fail.huhu
susah nak mengingat fakta.

macam kisah korea selatan dan korea utara jugak la ni
satu bahagian maju satu lagi kurang maju



    Khairul Abdullah
    09/10/2012 at 6:28 pm
    Login to Reply

    Irfa…jangan tepuk lebih2 🙂 saya memang peminat sejarah.

    Aah..sama dengan Korea..dan sekarang ni Sudan pula terpecah dua.

nenetPenne
11/10/2012 at 4:59 am
Login to Reply

i pun minat sejarah tapi lebih kepada arkeology… kalau i dapat pi tempat2 sejarah lama…mesti i mcm terdiam…terdiam sebab memikirkan mcmmana hidup di zaman lampau tu… bagaimana mereka buat church yang memakan masa bertahun2… mcmmana terjadinya stonehedge tu…mcmmana terjadinya bukit petra kat jordon tu…

makcik?? aipp, i beza umur 4 tahun je dgn u okay.. 😛



    Khairul
    11/10/2012 at 10:05 am
    Login to Reply

    Suka arkeologi Net? really? mesti suka tgk Indiana Jones kan? samalah kita 🙂

    Hehehe..kalau camtu tukarlah dari makcik to kakak…hahahaha.

Norafida
11/10/2012 at 6:38 pm
Login to Reply

Tembok Berlin…1989…saya darjah satu. Lama dah berlalu. Saya ingat lagi pasal tembok ni kena pecah dan orang ramai-ramai masuk lepas dia runtuh. Tapi masa tu saya tak tau apa-apa pasal negara ni. Bila sebut Jerman, saya mesti ingat Adolf Hitler. Tak de benda lain. InsyaAllah…saya akan sampai juga kesana.



Net
12/10/2012 at 6:29 pm
Login to Reply

Yesssssss…i suka indiana jonesss…..
Kakak….haaaaa much better…:)



mulan
13/10/2012 at 2:12 am
Login to Reply

dapat cover sikit je german last year… nak jugak one day cober bhg timur pulak…



    Khairul Abdullah
    15/10/2012 at 5:15 pm
    Login to Reply

    Mulan,

    Kat mana jer cover Jerman tu? sampai Frankfurt tak?

twin
23/02/2014 at 10:32 am
Login to Reply

Tajuk tu…ingat cerita novel sastera….rupa2nya sejarah..hu..hu..
KA tua setahun daripada saya rupanya…:)



    Khairul Abdullah
    25/02/2014 at 10:30 pm
    Login to Reply

    Hehehe..bukanlah..awak yg tua setahun dari saya 🙂

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved