• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Heartbroken

31/10/2018

“Dia bijak encik, tetapi tulah, sikap dia sekarang ni yang buat jadi macam tu.”

Report Card Khaleef dah tak macam dulu.

Tadi sewaktu saya nak tandatangan report tu terpandang pula tandatangan arwah isteri untuk semester yang lalu.  Mesti dia sangat bangga dengan anak sulung dia tu.

Semuanya bagus, kertas ujiannya A belaka, perangai di sekolah pun bagus.

Namun tidak kali ini.

Kertas-kertas tadi sudah mula ditanda dengan C.  Sikapnya juga ketara berubah.  Dia tidak gemar lagi melakukan aktiviti dan belajar.

Saya sebagai ayah sudah tentu sangat sedih.

Bukan sebab kertas yang bertanda C, tetapi sebab perubahan sikap seorang anak terkesan akibat kehilangan ibu.

Khaleel si adik juga ketara perubahannya.

Nilaian kertas ujian juga tidak cantik.  Perengus dan pemarah jadinya.  Mudah terasa, mudah menangis dan sangat pemarah.

Mulutnya tidak lekang meminta ibunya setiap hari.

Saya sedih.

Bukan kecewa, tetapi sedih dan kesiankan anak-anak.

Saya menangis di dalam kereta.

Saya terkenangkan arwah isteri yang sentiasa ceria bercerita tentang anak-anak apabila mengambil report card.  Betapa dia bahagia dan bangga dengan anak-anaknya.

Saya rasa macam gagal.

Benar, bukan salah sesiapa.  Bukan saya gagal pun.  Saya tidak patut rasa begitu.  Saya tidak salahkan anak-anak, saya tidak salahkan guru-guru, saya tidak salahkan diri atau apatah lagi menyalahkan takdir.

Saya cuma sedih, sangat sedih.

Mengenang bagaimana perasaan seorang anak kecil yang ketiadaan ibu mengharungi hari-hari kecilnya di sekolah.

Mengenang bagaimana mereka melihat kawan-kawan lain dijemput ibu setiap petang lalu bertanya kepada saya.

“Why I don’t have mommy?  I wish mommy can come and pick me after school like always.”

Sekali lagi.

I’m heartbroken.

#diariseoorangsuperdaddy

Share

Blog  / Nostalgia  / Parenting

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved