Waktu buat research tadi saya jumpa satu artikel yang katanya bukti sains menunjukkan perempuan adalah lebih hebat dari lelaki.
Saya pun bacalah sambil mengangguk-angguk. Ada banyak point yang saya tak bersetuju namun selebihnya saya terpaksa bersetuju.
Jom kita tengok apa yang hebatnya perempuan ni.
1. Perempuan lebih bijak atau smart dari lelaki.
Mengikut kajian, tahap IQ perempuan kini melebihi dari lelaki apabila kajian dibuat di Eropah, US, Kanada dan juga New Zealand. Mungkin di Malaysia lain kot keputusannya, ye dak?
2. Perempuan lebih sensual dan sensitif dari lelaki.
Hidung dan telinga orang perempuan lebih peka dari lelaki. Sebab tu kalau hampa balik rumah bau perfume lain depa boleh tau. Hang cakap bisik-bisik pun depa boleh dengar.
Depa ni pulak kalau tengok kaler biru sahaja depa akan bagitau ada 27 jenis biru. Orang lelaki kalau nak bezakan biru depa ada 2 sahaja, biru gelap atau biru cerah, tu jer.
3. Perempuan lebih cekap mencari barangan berbanding lelaki.
”Pah, butang baju Melayu aku mana Pah?” Yang ni tak payah ulas panjang, memang confirm betul. Kalau barang tak jumpa, suruhlah isteri cari memang sekejap sahaja jumpalah. Takpun kalau takdak isteri, suruh mak tolong cari pun sekejap jer akan jumpa. Cuba suruh ayah cari, jenuh tunggu.
4. Perempuan lebih kemas dan bersih dari lelaki.
Kebanyakannya begitulah kan? Walaupun ada juga perempuan yang lebih haprak dari lelaki namun perempuan sememangnya lebih bersih. Mengikut kajian, di pejabat meja lelaki lebih banyak kuman berbanding perempuan.
5. Perempuan ada sistem imunisasi yang lebih baik dari lelaki.
Kajian di universiti McGill, Kanada menunjukkan estrogen di dalam tubuh perempuan memberikan daya tahan semulajadi yang lebih baik berbanding lelaki. Sebab tu kot umur depa lebih panjang.
6. Perempuan lebih tahan sakit berbanding lelaki.
Ini pun tak mau lawan jugak. Depa beranak woihhh, kau bayangkanlah sakit macamana. Kita yang sembelit ni pun sakit bukan main apatah lagi yang keluar anak. Ishhhh.
7. Perempuan ada memori yang lebih baik dari lelaki.
Mengikut kajian begitulah. Kalau tak percaya tunggu bila bergaduh, dia boleh ungkit balik kes yang 13 tahun lepas. Kau dah lupa terus, dia siap boleh bagi kronologi okeh.
8. Perempuan lebih tahan stress berbanding lelaki.
Macam yang saya cerita kat atas sekali lah. Stress kot menguruskan anak-anak, lepas tu nak uruskan rumah lagi. Kalau tak percaya kau cubalah, suruh bini keluar berfoya-foya dari pagi sampai malam dan kau uruskan rumah dan anak-anak seorang diri.
Samada kau mengamuk dengan anak-anak atau kau menangis menyesal sahaja lepas tu.
9. Perempuan lebih bagus “multitasking” berbanding lelaki.
Tangan depa ada 8, macam sotong. Enough said!
10. Perempuan hidup lebih lama berbanding lelaki.
Yang ni pun kena setuju. Tak perlu buat kajian pun kita boleh tengok, ramai nenek yang masih hidup berbanding atuk. Ada lawak yang berbunyi “lelaki bila dah tua memang nak mati dulu sebab tak larat dengar perempuan bebel”.
Begitulah.
***
Cukuplah 10 yer, walaupun ada banyak lagi dalam senarai yang saya baca tu. Ada banyak juga yang saya kurang setuju. Lagipun kalau tulis banyak nanti geng perempuan eksyen pulak kan?
Tapi itulah kebenarannya.
Saya harus bersetuju yang perempuan adalah lebih hebat dari lelaki di dalam segala hal terutamanya rumahtangga.
Semalam saya nak asingkan, gosok dan lipat 70 helai pakaian anak-anak mengambil masa hampir 3 jam. Letih baqhang. Stress pun ada. Paling stress nak asingkan, mana satu baju adik, mana yang abang, mana yang baby. Maklumlah, depa ni hampir sama saiz semuanya.
Dulu arwah mak depa, tengok sahaja tak perlu ukur-ukur dah tahu baju siapa. Dah ler tu, buat kerja cepat. Lipat bukan main kemas dan cantik, susun pun lawa sahaja.
Paling hebat dia boleh rilek sahaja gosok dan lipat baju berbakul-bakul tanpa mengeluh. Saya baru gosok dan lipat 10 helai pun rasa nak marah dah kat seterika.
Kenapa entah?







Leave A Reply