• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Hebatnya Tren di Malaysia

07/06/2017

Sebagai seorang yang pernah menaiki tren di banyak negara, saya tabik spring dengan tren di Malaysia.
.
Sekitar sebulan lepas saya kerap menaiki tren samada komuter ataupun LRT.  Kemudahan yang disediakan sekarang ini memang tip top atau “world class” lah senang cerita.
.
Stesen-stesen semuanya sudah dinaiktaraf, besar dan selesa dan dilengkapi dengan segala papan tanda dan sebagainya sama seperti kemudahan di stesen lain di seluruh dunia.
.
Memang hebat.

LRT sentiasa datang tepat pada masanya dan monorel pun sama.  Cuma komuter sahaja yang sering lewat, entah di mana silapnya.  MRT pula saya belum pernah cuba.
.
Penumpang pula kebanyakannya sentiasa berhemah.  Ada juga beberapa kerat yang masih bermentaliti jamban, namun tidak mewakili keseluruhan sikap penumpang lain.
.
Cumanya waktu masuk dan keluar dari tren masih perlu diperbaiki.  Yang nak masuk perlulah tunggu yang nak keluar tu keluar dahulu.  Ini sering berlaku ketika waktu puncak.  Waktu biasa tak ketara sangat.
.
Yang duduk kat tepi pintu tak nak berganjak pun, fikirlah juga kesempitan orang lain yang nak masuk. Bawak-bawak beredarlah jauh ke dalam.
.
Namun itu cuma pemerhatian saya yang bukanlah penumpang tetap perkhidmatan ini.  Sekali-sekala naik memang tak terasa sangat.
.
Namun orang yang setiap hari naik pasti lebih banyak cerita atau perangai manusia yang dapat dilihat.
.
Saya yakin, kita berada di landasan yang betul di dalam memodenkan perkhidmatan tren di Malaysia.  Fasiliti dah maju dan sangat moden.  Pengguna atau penumpang juga perlu berubah seiring dengan fasiliti tersebut.
.
Bagi yang biasa naik Komuter lepas tu bertukar ke LRT lepas tu tukar lagi naik Monorel maka anda sebenarnya champion.  Percayalah yang anda akan rasa kacang sahaja bila naik tren di Tokyo, Paris, London mahupun New York sebab anda dah biasa.
.
Walaupun perkhidmatan tren berbeza di seluruh dunia namun konsepnya adalah sama, cara nak tengok map atau peta adalah sama, cara peta perjalanan ditunjukkan juga sama dan konsep pembelian tiket juga lebih kurang sama.
.
Namun kalau anda naik tren di negara sendiri pun tak pernah, bila pergi negara orang memang menggelabahlah.

Share

Blog  / Experience  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved