• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

“I Know, But I Want My Mommy”

08/10/2018

Bila si abang sudah pandai membandingkan.

“Daddy, you know my friends Ucop and Opik?”

“Yes of course.  Why?”

“They have mommy.  Their mommy always come.”

Saya diam.

“Why I don’t have mommy daddy?”

” Why mommy die?”

“I miss mommy.”

Saya menghela nafas panjang.

Dada terasa sesak, kerongkong terasa tersekat.

Namun setiap pertanyaan perlu diberikan jawapan.

Satu persatu saya jelaskan.

Sudah semestinya ia bukanlah jawapan yang membolehkan seorang anak kecil berusia 4 tahun berpuas hati dan menerimanya.

Si adik pula acapkali bertanyakan ibunya beberapa hari kebelakangan ini.

Di suatu pagi dia terus bertanyakan ibunya usai bangun tidur.

“Daddy, mana mommy?”

“Mommy dah tak ada adik.”

“I know, but I want mommy. I want my mommy..”

Begitulah.

Setiap kali menangis maka itu sahaja pintanya.

Apakah perasaan saya sebagai ayah yang tidak dapat mengembalikan ibu mereka?

Sukar.

Hanya mereka yang mengalaminya sahaja yang dapat memahami sukarnya menahan perasaan bila anak kecil meminta sebegitu.

Saya pasti tidak dapat mengembalikan ibu mereka, namun wajarkah saya menafikan hak 3 orang anak kecil daripada mendapat kasih sayang seorang ibu?

Entahlah, I don’t know.
.

#diariseorangsuperdaddy

Share

Blog  / Parenting

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved