• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Ikan Selar Goreng

23/08/2019

Ni ha, ikan selar goreng bersama salad timun dan tomato.

Nampak macam makan kat restoran omputih oihh.  Atau kalau omputih buat depa mungkin akan bagi nama “Pan Fried Yellowtail Scad with Salsa” haaaa gitu.

Rasa dia dah nak macam salmon dah, salmon champion sikit jer dari dia.  Sungguh, kalau tak caya kau cuba buat.

Kau hanya perlukan:

2 ekor ikan selar – seekor tak cukup, nanti kau menyesal.
1 batang timun – guna timun Jepun lagi rangup dan gedik.
1 biji tomato – jangan yang ranum sangat.
1 labu bawang besar – nak pakai bawang Holland pun boleh.
2 tangkai daun ketumbar atau omputih panggil corriander.
1 tangkai cili – padi ke hijau ke, merah ke ikut suka.
1 biji lemon – nak pakai setengah jer.
Lada hitam dan garam secukup rasa.

Ikan selar tu kena belah tengah (filet) dan ambil isi sahaja.  Lepas tu sapu minyak sikit dan tabur garam dan lada hitam.  Biar seketika.

Sambil tu kau boleh buat salsa.  Dadu bawang, tomato dan timun sesedap rasa, kau suka kau buat banyak, tak suka buat sikit sudah.  Dah tu satukan semua, potong cili, tabur lada, garam dan perah lemon.  Siap.

Panaskan kuali yang tidak melekat dengan api sederhana, nak letak minyak sikit pun boleh taknak pun takpe.  Kemudian masukkan ikan dengan bahagian kulit ke bawah.  Sekitar 3-4 minit balikkan pula.  Ambil sesudu butter dan sapu pada ikan tadi.  Dalam seminit lagi terus boleh angkat.

Hidangkan.

Nak makan tu, perah lemon dulu dan tabur lada lagi sekali.

Fuhhh, sedap oihhh.

Ikan selar jer pun.

#IkanGorengChallenge
#ResepiSuperDaddy

Ikan tu dalam gambar seekor jer, seekor lagi tengah mandi, jadi tak dapat interframe.

Gunakan pisau yang tajam okeh. Kalau tak tau macamana nak buat kau buka Youtube dan cari.

 Simple jer benda-benda dia. Potong kecil-kecil bentuk dadu. Guna timun jepun lebih seksi. Kaler hijau dia lebih mengancam.

Haa, gini rupa salsa tu.

Dah siap salsa baru goreng ikan. Nak letak minyak dalam setengah sudu pun boleh, nak letak butter terus pun boleh.

Nampak tak isi dia, gebu, lemak, masin manis, masam semua cukuplah.

Share

Cooks  / Recipes

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved