Sudah 35 keluarga saya bantu untuk belikan susu pagi ini. Saya transfer duit dengan linangan air mata. Ramai orang susah di luar sana. Saya kena maklumkan kerana ada antara kalian yang turut menyumbang memberi infak.
Kawan-kawan.
Mereka yang susah ini tidak meminta banyak, cuma sekadar RM10-RM25 untuk setiap pek susu anak-anak mereka. Mereka minum susu yang paling murah sahaja. Saya berikan setiap anak 2 pek/kotak susu.
Wang infak saya juga sudah hampir kehabisan. Mujur ada rakan-rakan yang turut membantu. Jadi saya teruskan lagi. Jika sudah kehabisan dana, saya akan padamkan post sebelum ini.
Buat semua rakan, ini waktu sukar untuk kita semua.
Toleh kiri dan kanan, tanyalah jiran samada mereka sudah makan atau minum. Anak-anak masih ada susu atau sudah kehabisan.
Bantulah.
Jika ada yang ingin membantu saya, pm tepi.
Terima kasih banyak-banyak.







Leave A Reply