Bangun pagi ni tengok susu anak dah nak habis. Sejak duduk berkurung dalam rumah ni kuat pula diorang minum susu. Kejap lagi nak kena keluar beli.
Alhamdulillah, saya masih mampu. Dan ada kedai yang dekat yang saya boleh beli.
Namun, khabarnya ada anak kecil di luar sana yang dah mula minum susu yang dikurangkan sukatannya. Ada yang minum susu pekat dalam tin, ada yang dah minum teh o sahaja.
Khabar begini sangat menyedihkan.
Jadi, di pagi Jumaat yang mulia ini, saya ingin infakkan separuh dari gaji takaful saya bulan ini untuk membantu mereka. Bagi ibu bapa yang terdesak dan memerlukan sedikit wang bagi membeli susu anak, mohon hubungi saya.
Semoga tiada anak kecil yang kelaparan susu di luar sana.
Terima kasih.
KHAIRUL ABDULLAH
#AbahDaddy
#StayAtHome







Leave A Reply