• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Integriti vs Courtesy

17/05/2018

Post sebelum ini mengenai “Integriti” mendapat maklumbalas atau komen yang sangat banyak.  Ada yang tepat, yang tidak, yang lawak, yang kelaut dan sebagainya.  Namun banyak juga komen yang memberikan contoh tak menepati maksud “integriti” dan lebih kepada “courtesy”.

Integriti bermaksud jujur, telus, amanah dan bertanggungjawab.  Ianya di dalam keadaan di mana kita melakukan sesuatu perkara yang betul, tidak salah dan tidak melanggar mana-mana undang-undang walaupun pada ketika itu tiada siapa yang nampak atau memerhatikan atau yang tahu akan perbuatan kita.

Boleh sahaja kita nak buat sebab tiada siapa yang tahu namun kita memilih untuk tidak melakukannya kerana ianya salah atau tidak bermoral.  Jadi itu dikira sebagai berintegriti.

Contoh-contoh integriti adalah seperti yang disenaraikan di dalam post saya sebelum ini.

Ada berbagai komen yang memberikan contoh yang bukannya integriti tetapi lebih kepada courtesy.

Courtesy adalah “ihsan”, iaitu sejenis perbuatan baik dan mulia yang tidak mementingkan diri sendiri.  Ada unsur belas ihsan, ingin membantu, ingin memudahkan dan bersifat selfless bukannya selfish.

Contohnya, anda di pam minyak dan apabila selesai anda terasa hendak ke tandas.  Anda boleh sahaja tinggalkan kereta di pam dan terus ke tandas.  Biarlah orang lain beratur di belakang kereta anda, biar mereka tunggu anda selesai dan alihkan kereta.

Perbuatan tersebut tidak termaktub di dalam undang-undang sebagai bersalah.  Tiada di dalam peraturan khas di stesen minyak.  Jadi by law tak salah dan tidak berkait integriti di situ.

Namun jika selesai isi minyak dan hendak ke tandas, anda berfikir yang lebih baik alihkan dulu kereta ke tempat parking dan barulah ke tandas agar memudahkan orang lain isi minyak maka itu dikira courtesy.

Jika anda di tandas, dan sentiasa membersihkannya itu courtesy, jika anda makan di restoran dan sentiasa membantu mengemaskan sisa dan meja anda itu courtesy, jika anda buat apa sahaja yang membantu atau memudahkan urusan orang lain maka itulah ihsan atau courtesy.

Integiriti dan courtesy juga boleh berlaku serentak.

Jika anda tidak memotong que, tidak memandu di lorong kecemasan, memberi laluan kepada ambulan, tidak menggunakan telefon ketika memandu anda adalah seorang yang berintegriti (kerana tidak melanggar undang-undang) dan anda juga seorang yang selfless atau ada courtesy (kerana tidak mementingkan diri sendiri dan menyusahkan orang lain).

Kedua-dua sikap atau sifat ini adalah sangat mulia dan terpuji.  Kedua-duanya perlu seiring di dalam membentuk sahsiah diri agar selaras dengan tuntutan agama dan juga tuntutan sosial.

Ini bagi menjamin kehidupan bermasyarakat yang harmoni dan berkualiti tanpa mengira status, bangsa dan agama.  Mudah-mudahan iklim politik Malaysia yang baharu ini dapat memberikan kita semangat yang lebih untuk saling memperbaiki diri menjadi warga yang penuh ihsan dan berintegriti.

Salam Ramadan dan selamat berpuasa buat semua.

KHAIRUL ABDULLAH
1 Ramadan 1439H

Share

Blog  / Guides  / Knowledge  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved