
Sudah lama saya tidak menulis. Sudah lama juga saya menyimpan niat untuk menulis tajuk di atas. Sudah lama saya pendamkan pelbagai perasaan, pertanyaan, persoalan dan pelbagai perkara lain yang berlegar di dalam litupan tempurung kepala saya tentang tajuk ini.
Kenapa?
Sudah hampir 5 tahun saya menulis di blog picisan saya ini dan hampir 2 tahun di laman facebook. Sudah hampir ribuan komen yang saya balas. Sudah hampir ratusan email yang saya jawab…dan saya masih tertanya-tanya kenapakah orang kita tidak suka membaca, atau lebih kasar lagi dipanggil malas membaca?
Kenapa?
Berdasarkan komen-komen di blog, di laman facebook dan juga di kotak email saya, hampir separuh daripadanya adalah soalan atau pertanyaan yang saya sudah jawab berulang-ulang kali. Bukannya saya malas menjawab semua komen atau email tetapi saya merasa kasihan kepada yang bertanya atau memberi komen. Saya yakin sehingga ke hari ini setiap email yang dihantar kepada saya samada pertanyaan atau apa sahaja saya balas kesemuanya..walaupun jawapan kepada persoalan tersebut sudahpun saya tulis. Namun saya tetap menjawabnya.
Kenapa?
Kerana saya bertanggungjawab untuk membalas setiap komen atau email yang dihantar atau ditujukan kepada saya. Kalau saya tidak mahu pening kepala saya boleh padamkan alamat email saya, saya boleh matikan ruangan komen di blog maupun facebook. Namun apabila saya tidak berbuat demikian maka adalah menjadi tanggungjawab saya membalasnya.
Sebenarnya,
Saya tidak kisah membalas komen atau email dan saya sesungguhnya menghargai setiap pembaca, pemberi komen dan yang menghantar email kepada saya. Namun setiap kali membalas, saya akan tertanya-tanya. Kenapakah mereka ini tidak membaca dengan teliti dan membaca kesemuanya? Atau adakah mereka tidak faham bahasa atau gaya penulisan saya? Adakah mereka hendak cepat dan baca secara pantas dan sepintas lalu sahaja? Ataupun adakah mereka dari jenis yang suka disuap? Maknanya tidak perlu bekerja keras untuk membaca, membuat “research” terlebih dahulu sebelum bertanya.
Jawapannya?
Saya sangat yakin yang mereka ini adalah dari golongan yang tidak suka membaca dan tidak mahu susah-susah. Saya tidak mahu gunakan perkataan malas, kerana bunyinya agak tidak enak dan orang yang terasa mungkin akan marahkan saya. Sekarang ini saya kerap dimarahi apabila saya membuat teguran tentang sikap orang kita melalui penulisan saya. Saya dikatakan “poyo”, tidak sedar diri, tidak tahu bersyukur, asyik komplen dan sebagainya lagi. Akan ada juga yang mengatakan saya ni macam bagus nak tunjuk pandai dan sebagainya lagi setelah membaca tulisan saya kali ini. Namun, saya akan tetap menulis tentang topik tersebut kerana hanya dengan perubahan sikap kepada yang lebih baik akan menjadikan kita satu bangsa dan agama yang hebat.
Pendapat saya.
Setelah bertahun menulis dan selepas ribuan komen dan email yang saya balas, saya dapat membuat satu (1) rumusan penting bagi diri saya iaitu, cara atau adab atau gaya penulisan dan bahasa yang digunakan sesesorang itu mencerminkan sikapnya yang suka membaca ataupun tidak. Ini adalah rumusan peribadi saya sahaja di mana saya dapati apabila seseorang itu membuat komen atau menulis email kepada saya dengan bahasa singkat, kurang adabnya dan penuh dengan perkataan yang terlalu disingkatkan (short form) maka mereka ini saya golongkan di dalam kategori mereka yang tidak suka membaca. Ini kerana mereka yang mempunyai gaya penulisan begini sentiasa bertanyakan kepada saya soalan-soalan yang telahpun saya jawab di dalam artikel saya ataupun di ruangan komen, yakni telah ditanya oleh orang lain sebelumya dan dijawab oleh saya. Sekiranya mereka ini mengambil inisiatif untuk membaca setiap komen maka jawapan akan ditemui disitu.
Berbeza bagi mereka yang menulis kepada saya dengan ayat atau gaya penulisan yang jelas dan penuh tertib, mereka ini sering bertanyakan pendapat atau hal-hal lain yang belum pernah disentuh atau dijawab oleh saya. Gaya persoalan dan bahasa yang digunakan menunjukkan mereka adalah orang yang berpengetahuan yakni mereka suka membaca.
Kita dapat lihat personaliti atau sikap seseorang melalui gaya pertuturan, percakapan dan penulisan mereka. Ini tidak ada kena mengena dengan umur seseorang. Ada yang berusia lewat 40an menghantar email kepada saya dengan gaya bahasa dan penulisan seperti budak darjah enam dan ada juga yang berusia 12 tahun yang menulis kepada saya dengan gaya penulisa seperti seorang pensyarah layaknya.
Jadi yang membezakan mereka ini adalah pembacaan dan jenis penulisan yang mereka baca.
Fahamkah anda jika seseorang menulis kepada anda menggunakan perkataan ringkas seperti “aq” “rpe” “kw” “mzj” “doe” “xpe” “blk” dan macam-macam lagi? Saya yakin sekiranya umur saya 10 atau 11 tahun saya mungkin faham akan perkataan-perkataan tersebut, namun diusia lewat 30an ini saya tidak tahu semua ringkasan tersebut. Sekiranya penghantar email membuat sedikit pembacaan ekstra dengan membaca biodata saya maka dia akan tahu yang saya berusia lewat 30an dan saya tidak akan faham bahasa beliau. Namun apabila tidak membaca maka dia tidak tahu, mungkin dia menganggap usia saya 15 tahun.
Ada yang bertanyakan saya dimanakah saya tinggal? apakah kerja saya? berapa usia saya? sudahkah saya berkeluarga? saya sudah punya anak berapa? dan macam-macam soalan yang sudahpun tersedia jawapannya jika mereka betul-betul membaca.
[quote]Sedangkan ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW adalah Iqra’ yakni Bacalah![/quote]
Seperti juga di ruangan komen di Facebook saya. Ada komen-komen yang tidak kena mengena dengan topik, komen yang sangat dangkal dan macam-macam lagi. Bukan sahaja di facebook saya malah di laman-laman facebook milik orang lain juga. Kadang-kadang saya kerap juga membaca blog atau facebook orang lain dan amat sedih sekali melihat cara orang-orang yang tidak suka membaca ini menulis komen. Berdasarkan komen-komen dangkal tersebut kita dapat tahu yang si tukang komen ini hanya membaca tajuk dan mungkin barisan pertama dan terakhir sahaja dan kemudian membuat komen atau teguran atau pertanyaan yang akhirnya menampakkan kedangkalan si tukang komen.
Contoh paling mudah adalah apabila seseorang membuat promosi produk jualan contohnya, ditulis di artikel tersebut dengan lengkap jenis produk, harga, saiz warna, boleh dibeli di mana, macamana nak order dan sebagainya; namun di ruangan komen akan masih ada yang bertanya berapa harga? warna apa? saiznya bagaimana, nak beli kat mana? nak order macamana? dan macam-macam lagi. Sangat sedih!
Jadi senang untuk saya membuat kesimpulan bahawa orang yang begini adalah mereka yang tidak suka membaca.
Kenapa tidak?
Saya pun tertanya-tanya kenapakah masih ada orang yang tidak suka membaca. Sedangkan ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW adalah Iqra’ yakni Bacalah!
Membaca adalah sumber utama kepada ilmu pengetahuan. Tidak semestinya membaca buku setebal 800 mukasurat, tidak semestinya membaca ensiklopedia namun bacalah apa sahaja bahan yang anda gemari samada melalui buku atau novel, majalah, suratkhabar, internet, facebook, twitter, blog dan sebagainya lagi.
[quote]Jangan jadi “tukang kongsi” tanpa ilmu. Asal ada topik hangat di internet maka kita pun klik share tanpa mengetahui hujung pangkalnya. [/quote]
Allah akan memberi nikmat membaca ini bila kita melakukannya. Apabila membaca kita akan beroleh ilmu dan dengan ilmu kita akan dapat beramal dengannya dan merubah dan mempertingkatkan diri, keluarga, agama dan negara kita.
Jangan jadi “tukang kongsi” tanpa ilmu. Asal ada topik hangat di internet maka kita pun klik share tanpa mengetahui hujung pangkalnya. Tak cukup di facebook maka kita salin dan kongsi pula di “group whatsapp” segala jenis gosip dan khabar yang belum tentu sahihnya. Maka keesokan harinya pihak polis pun mengeluarkan kenyataan yang itu adalah khabar angin palsu. Sejam selepas itu artikel khabar angin tersebut masih terus disebarkan oleh mereka yang gemar berkongsi ini.
Bacalah dan kajilah.
Dengan membaca dan membuat kajian (hanya orang yang suka membaca akan suka membuat kajian atau “research”) terlebih dahulu tentang sesuatu perkhabaran maka barulah disebarkan setelah betul-betul yakin yang ianya benar. Ilmu Allah ini luas dan sekarang ini sumbernya hanya di hujung jari. Bacalah, kajilah dan fahamlah dan sekiranya masih tidak faham maka bertanyalah kepada mereka yang ahli atau pakar atau yang lebih mengetahui.
[quote]Bacalah juga dengan akal, petanda atau isyarat yang disajikan oleh mata dan didengarkan oleh telinga. Bacalah juga setiap erti rasa yang disalurkan oleh deria-deria.[/quote]
Bacalah keseluruhannya.
Kerana membaca juga bukankah sekadar huruf atau perkataan semata-mata yang dibaca dengan mata dan dicerna dengan lojik. Bacalah juga dengan akal, petanda atau isyarat yang disajikan oleh mata dan didengarkan oleh telinga. Bacalah juga setiap erti rasa yang disalurkan oleh deria-deria. Baca juga riak muka dan isyarat badan kerana di dalamnya tersembunyi seribu satu pertanyaan.
Sangat mudah bagi mereka yang mengerti namun pasti sukar bagi mereka yang tidak megetahui.
Kenapa sukar?
Tanpa ilmu semuanya menjadi sukar. Iqra’ – Bacalah! kerana ia adalah kunci kepada semua pengetahuan.
Baca dan fahamkan, kemudian amalkan ilmu yang diperolehi dari pembacaan tadi dan seterusnya sebarkanlah melalui percakapan mauhupun penulisan.
Jadi,
Adakah anda baca dan faham apa yang saya cuba sampaikan ini? ENTAHLAH..I Dont Know.
![]()
Nota: Kepada semua pembaca blog saya dan mereka yang pernah menulis komen atau email kepada saya dan juga kepada sesiapa sahaja yang”terasa” dengan tulisan saya kali ini saya memohon ribuan maaf. Bukanlah niat saya untuk mengutuk, merendahkan atau niat-niat buruk yang lain. Niat saya hanyalah untuk kita sama-sama mengubah sikap kita semua termasuk peringatan kepada diri saya sendiri agar kita lebih rajin membaca dan membuat kajian atau “research”. Saya seperti biasa sentiasa mengalu-alukan komen dan email dari anda semua. Terima kasih.







54 Comments
Setuju dengan apa yang ditulis dan dikongsi oleh Khairul ^^
Perkara yang semakin sukar dibendung sekarang ni….membaca buku semakin jauh dari diri….walhal itulah jambatan ilmu kepada mereka yang gemar membaca…really like reading your other posts lots of info yang boleh diperolehi…thanks
saya baru sahaja ‘membebel’ dalam kelas saya sebab markah ujian pelajar yang sangat teruk. sedangkan nota telah diagihkan, soalan ramalan telah diupload di page fb, tetapi mereka maish tak dapat menjawab. kesimpulan yang saya beri pada mereka adalah kerana MALAS MEMBACA
Puan Bunga,
Begitulah sikap para pelajar zaman sekarang ni yer. Ambil mudah semua perkara dan sesungguhna mereka malas membaca!
Walaupun saya masih belum sampai ke tahap nak kena jawab soalan yang sama berulang kali, tapi part cara berbahasa itu, saya sangat-sangat setuju.
Bak kata Dr. Mohd Fazilah Kamsah (saya rephrase),’cara seseorang itu menulis itu menggambarkan cara berfikir dan tahap intelek beliau. Jika beliau menulis dalam bahasa yang dopan, penuh dan tersusun, itu bermakna tahap inteleknya tinggi.
Malangnya ramai graduan universiti kita yang menulis dalam bahasa SMS, ringkas dan tidak sopan. Mereka telah menurunkan kadar intelek mereka sendiri’.
Dan saya tidak rasa anda poyo. Orang yang melontar komen sedemikian yang poyo sebenarnya.
Keep on writing. I love your blog. I like your style of writing.
Qider,
Setuju dengan pandangan anda. Intelektualiti diukur dari gaya pertuturan dan juga penulisan bukannya pemakaian. Jadi sekiranya bertutur bahasa rojak menulis pula penuh dengan singkatan yg sukar difahami maka mana pergi inteleknya.
Terima kasih kerana bersetuju dengan saya 🙂
Teringat semula artikel Khairul tentang promosi “payung percuma” di Petnonas baru2 ni. Dalam ramai2 yang menyuarakan tentang rasa “tertipu” masih ada juga “segelintir” yang menuduh “the others” as “kebulur payung free”.
Sorry.. K.Sham might be self-centered (sebab juga rasa tertipu dgn promosi tersebut), but the way I take it.. golongan yang “segelintir” ini seperti tidak cuba memahami maksud yang cuba disampaikan dalam artikel tersebut.
Sikap prejudis tidak akan menguntungkan sesiapa. Thus.. whatever ayat2 sinis yang dilontarkan.. ia sebenarnya portray diri pengomen itu sendiri.
Ignore them.. them can’t do you any harm. Keep on writing.. just like Qider.. I enjoy and love reading your blog.
Jaga hati.. jaga diri..
Kak Sham,
Mula2 dulu kak banyak komen2 negatif dan dangkal pasal tulisan saya tu saya bwk masuk kepala dan fikirkan jugak. Tapi sekarang dah tak ambik kisah dah. Semua orang ada hak menulis atau memberi komen jadi biarkan saja. Saya hanya tersenyum saja bila baca komen2 sebegitu.
Saya suka pesanan akak – Jaga Hati, Jaga Diri. Boleh buat tagline ni 😉
saya suka membaca blog awak.
* apabila kita menulis daripada hati, ia akan sampai dgn mudah
** teruskan menulis, kerana saya beroleh banyak vibe yg bagus setiap kali baca entry di blog awak. rasa terinspirasi!
*** saya sgt setuju tentang pandangan awak tentang sikap majoriti manusia yang sgt gemar copy, paste and forward. sbb ia juga terjadi dalam whatsapp group family saya. hmmm
**** saya juga ada guna singkatan ayat, tp secara berpada-pada. pd saya, penggunaan ayat perlu sesuai dgn tujuan dan pd siapa kita nak sampaikan. well, sekadar berkongsi pandangan. membacalah, kerana ia jambatan ilmu.
***** saya juga suka memerhati sekeliling, kita boleh belajar bnyk perkara baru dengan hanya memerhati sekeliling kita
Iz,
* setuju
** saya akan terus menulis
*** sikap copy n paste ni semakin hari nampaknya semakin teruk. Artikel dari blog saya ini sering dicopy n paste tanpa kebenaran ataupun tanpa kredit.
**** saya juga guna singkatan ayat spt “yg” “dpt” dsb yang tidak mengubah perkataan asal. Yang saya tidak suka dalah perkataan yg diringkaskan secara total spt “aq” yg bermaksud aku dan juga ejaan yg diubah sewenang-wenangnya seperti “kitewww” “titeww” yang bagi saya ianaya bukanlah ringkasan tetapi menukar terus ejaan kepada perkataan baru.
***** Betul tu, kadang2 dengan berdiam diri dan memerhati adalah lebih baik dari bercakap atau menulis banyak tetapi kosong.
Saya berkerja di sebuah universiti penyelidikan yang terunggul di Malaysia, berjawatan gred N17.
Semalam seorang pensyarah Gred DS51 datang berjumpa saya dengan surat yang diterimanya dari seksyen saya di tangannya. Bertanya saya “apa yang perlu saya buat….saya belum baca pun surat ni”.
Saya hampir pitam……
Ida,
Seperti yang saya kata umur tidak mencerminkan tahap intelektualiti seseorang. Kawan saya bercerita tentang bosnya seorang berjawatan tinggi dengan gred lebih tinggi dari 51 dan perangainya adalah apabila hendak mengambil kereta di tempat letak kereta dan apabila ada orang lain nak masuk ke petak parking tersebut dia akan membiarkan orang tersebut menunggu dan tidak akan diberikan parking tersebut. Apabila orang dah tersebut dah beredar barulah beliau keluar dari parking. Katanya “biar padan muka orang itu”. Itu adalah hobi beliau iaitu tidak memberikan petak parking kepada orang.
Saya pun hampir pitam mendengarnya 🙂
@Wendy Tan Terima kasih
@Atilamanja Betul tu, semua asyik dengan handphone 🙂 dan terima kasih kerana membaca tulisan2 saya.
Keep writing..
I surely will..thank you 🙂
Assalamualaikum KA,
Sangat setuju dgn tulisan KA (memang kebanyakan artikel yg KA tulis saya setuju. Tp ada juga beberapa yg tidak, kalau anda perasan lah) 🙂
Masalah copy n paste sgt kritikal skrg ni. Tak cukup kat fb, whatsapp, email, forum dan segala mcm media nak diklik button share / copy paste. Kalau di group masih blh tahan tp kalau siap personal whatsapp / sms / pm dah boleh naik tingtong kepala otak dibuatnya. Langkah terakhir yg terpaksa dibuat ialah block.
Btw, saya ada tak tanya soalan berulang kat KA? Minta maaflah kalau ada ye… dah letih membaca blog KA ni tp tak khatam2 lg… byk cerita yg dah tertinggal keretapi. So, sorry ek…
W’salam Twin,
Yer saya perasan yang ada beberapa tulisan saya yg tidak dipersetujui. Biasalah lah kan, kita ada pendapat masing2 dan kena terima semua tu.
So far awak takdelah tanya saya benda2 yang aya dah tulis. So bila tanya benda baru at least akan “spark a new thinking” serta pendapat yg baru.
salam EN. KA,
Saya suka baca aja, kadang malas nak komen.
Macam mana tu?
Hehehehe.
Send my regards to the family and ur lil jr. 🙂
Pn Lily,
Lebih bagus membaca tanpa komen..seperti kata orang berdiam diri adalah lebih baik dari bercakap benda yang bukan-bukan 🙂
InshaAllah will do so.
salam kenal….telah masuk anda dalam bloglist saya…Thanks.
Saudara Muhammad Khairuddin,
Terima kasih kerana membaca dan list kan blog saya.
sy faham sy mengerti apa yg saudara sampaikan.itulah sikap kita.malas membaca.kdg2 sy pn gatal bertanya tnpa baca sampai abis.
Setelah membaca apa yg Khairul tulis, saya berazam untuk lebih rajin membaca!!…hehehehehe
Ariana,
Itulah yang sebaiknya. Membaca itu jambatan ilmu. Selamat membaca
@Ariana Aina Itulah yang sebaiknya. Membaca itu jambatan ilmu. Selamat membaca
@MsShashin Shi Kadang2 kita nak cepat (sikap kita yg sentiasa nak cepat dan mudah) membuatkan kita baca dengan terlalu laju sampai ter"skip" perkara2 penting. Saya juga biasa macam tu..jadi kita kena sama2 ubah.
Assalamualaikum Sdr Khairul,
Terima kasih kerana tidak putus-putus berkongsi pandangan. Yang benar akan pasti dihargai. ‘Education’ itu Adab … and you are educating a lot of us 🙂
RLiM,
Terima kasih sebab tidak jemu2 membaca tulisan saya dan memberikan komen2. Saya sangat menghargainya. Terima kasih sekali lagi.
Tuan Khairul,
Ada tak perasaan berdebar-debar jangkaan komen-komen pembaca berkenaan artikel kali ini ? hehe
Apa-apa pun saya bersetuju dengan pandangan kritikal Tuan !
Tuan Ir,
Sebenarnya selepas saya post artikel ni perasaan tu dah tak ada. Sebab saya baru sedar yang orang-orang yang baca artikel ini adalah org yg suka membaca sahaja. Jadi tak akan ada komen yg dangkal dsb. Utk pengetahuan tuan artikel saya yang ini adalah yg paling kurang dibaca.
Salam, saya sangat sangat setuju dengan tulisan saudara. Memang ramai pakar-pakar/wartawan
di luar sana yang dengan sesuka hati menghentam orang tanpa usul periksa samada perkara
tersebut benar atau cuma gossip sahaja. Keep writing. Enjoy reading your article.
Saya selalu baca blog en. Khairul..bila saya baca komen dekat blog en khairul saya pun pelik jugak.pe ke he org ni.banyak tanya tapi tak baca ke entry sebelumnya.saya ada dapat tawaran belajar di instutate teknikal dresden.alhandulillah!saya pasang niat nak belajar kat jerman bila saya baca blog en khairul.baru bulan lepas saya belajar bahasa jerman.minggu ni saya akan datang ke jerman.deutchland.wilkomen fur mich.hordt du mich jerman
i totally agree with KA
Thank you 🙂
Tuan Khairul,
Apa pandangan peribadi tuan tentang berhijrah sekeluarga bersama 4 orang anak umur 1 hingga 9thn ke Jerman.
Pendapatan sekitar EURO1000/ sebulan.
Bagaimana sek kebangsaan disana?
Adakah bekerja parttime dibenarkan?
Tidak boleh Deutsch.
Area masih belum confirm. Mungkin Berlin, Hannover atau Barmberg..
Terima kasih terlebih dahulu andai sudi membalas pertanyaan.
Amy,
Pendapatan 1000euro tidak cukup utk membayar sewa rumah berserta bil elektrik dan air.
Bagi soalan lain saya tidak tahu bagaimana nak jawab kerana soalan terlalu general. Sila bagi soalan spesifik dan saya akan jawab.
Tq
Terima kasih terlebih dahulu,
Maaf soalan agak general.
Maksud saya, persekolahan untuk anak2 umur diantara 4~9tahun. Pembelajaran sudah semestinya dlm bahasa jerman. Ada tak pernah berjumpa dengan mana2 keluarga dr malaysia yang mempunyai anak sekitar umur tersebut. Adakah anak mereka ada mengalami masalah pbelajaran atau tidak. Saya percaya anak2 cepat belajar namun agak risau jika tertinggal.
Saya ada membaca part time dibenarkan 3bulan dlm setahun. Bagaimana untuk pemegang visa dependant? Rasanya boleh bekerja juga?
Adakah puan masuk dgn visa student? Kalau ia maka part time dibenarkan sebanyak 120hari setahun. Kanak2 mudah adapt dgn bahasa dan persekitaran. Mula2 mmg lah masalah tetapi lama2 boleh catch up.
Bagi pemegang visa dependant pula adalah bergantung..ada yg dibenarkan dan ada yg tidak.
Terima kasih atas penerangan.
Mudah2an segalanya berjalan lancar. InsyaAllah..
Salam perkenalan dari orang teganu.. Setuju sangat dengan en khairul. Kdg2 geram gak dgn diri sendiri sbb malas nak baca tapi masih mencuba untuk menjafi lebih rajin 🙂
Iman,
Baguslah kalu ada keinginan dan semangat untuk lebih rajin membaca. Mudah2an akan dipermudahkan olehNya. Ameen.
Iman,
Baguslah kalu ada keinginan dan semangat untuk lebih rajin membaca. Mudah2an akan dipermudahkan olehNya. Ameen.
Salam dari Peranchis,
Setelah membaca sehingga ke titik akhir, saya rasa terkilan… karena sekurang-kurangnya penulisan Encik Khairul telah memberi kesan terhadap yang berfikiran luas untuk meninggalkan sebaris dua balasan komentar namun blog-nya saya pula disebaliknya yaitu paling banyak 2 pembaca yang sudi itupun karena entry yang santai namun entry yang menyentuh perihal ilmu ugama dan hukumhakam yang ditegur secara ringan kok semuanya diam membisu… mungkin cara penulisan saya yang berunsur silam dengan sentuhan bahasa Indonesia maka itu tampak tidak menarik !
Setiap kali pulang ke tanahair, kerapkali saya terserempak dengan orangramai yang masih tidak selesa pabila bertanya soal terhadap sesuatu (akan tetapi, malangnya banyak yang lebih selesa menggunakan bahasa English sebagai bahasa utama dan saya merasa sedih karena sedangkan begitu English yang digunakan juga berterabur !!!) dan saya begitu terkilan lagi karena kebanyakan orang kita Melayu memegang tahap pertuturan yang lemah dan mundur rentak bahasanya yaitu cara pertuturannya tidak lancar dan kemas, gugup dan gagap lagi berterabur-sepah seperti meraba-raba mencari ayat yang payah keluar dari peti mindanya, lantas itu kesimpulan segera yang boleh saya turunkan ialah mereka miskin didalam pengetahuan dengan amalan kerap membaca yang diabaikan atau pergaulan mereka begitu terhad yang di khususkan mengikut lingkungan “mediocre” yang sukar untuk berkembang luas…
Apatah lagi didalam penulisan… malangnya terus-terusan diambil ringan !
Benar-sebenarnya, penerangan Encik Khairul telah terang mengenai Iqra’ yakni Bacalah bagi kepada yang sudi dengan seikhlas diri terus membaca (sehingga ke perenggan terakhir) didalam pengertian yang seharusnya dibuat kajian terlebih dahulu dimana/supaya perlancaran minda terus berfungsi keatas tindakbalas pemahaman yang dihasilkan itu.
Mohom maaf ya, komentar saya begitu padat dan Insya’Allah akan terus membaca dan mengerti terhadap apa sahaja yang ingin disalurkan sebagai “perkongsian” yang bertaraf ilmu pengetahuan.
Salam mesra.
saya seorang yang malas membaca, tapi tak tahu kenapa saya memaksa diri untuk membaca kerana taknak tertinggal, ataupun ketinggalan, itu yg saya takutkan sebab saya akan rasa loser kalau tertinggal bila ada conversation or opinion needed but yet i cant even answer. I started with light reading, novel, now alhamdulillah i kind of getting my self into literature and philosophy thingy. bla bla bla.. actually nak cakap saya setuju with this post. tu je. 🙂
Syabas saya ucapkan kepada saudari 🙂
setuju, malas baca
kdg kalau kat fb, sy pulak tolong jawabkan komen org lain
sbb nampak sgt orang yg komen malas baca
cth: orang post pasal masuk spital anak sakit
ada jugak yg komen,’siapa sakit?’
huhu
Kannnnnn…memang payah kalau orang malas baca ni. Saya upload gambar kat FB letak tajuk dan bagitau nama tempat dlm gambar tu. Kemudian ada orang tanya…”kat mana ni?”..ishhh, rasa macam nak jentik telinga pun ada 🙂
benar.. hakikatnya prasana sekarang kah menjadikan kalangan anak anak zaman ini ramai yg tidak minat membaca..dlm 3 anak saya hanya no 2 yang mahu membaca… lebih… sedikit dari yang lain.. terutama anak lelaki… jika di katakan contoh melalui teladan .. saya adalah suka membaca malah menjadi kan anak2 ahli setiap perpustakaan setiap negeri yang kami bermastautin…
wallahulamm
Saya suka baca artikel encik.. baru terjumpa lama la nak khatam kesemuanya. Sangat menarik… good job.
Terima kasihhhh. Teruskan membaca yer.
salam En Khairul,saya sangat bersetuju dengan apa yang en Khairul utarakan di ruangan ini…membaca lah dan fahamilah…. barulah boleh menjadikan kita berilimu dalam semuo pekara……
Betul tuan, ilmu tu banyaknya melalui pembacaan. Kalau malas membaca memang takde ilmu. Bila takde ilmu maka mundurlah kita.
Orang kita memang malas membuat ‘research’ dan sebagainya…kalau perlukan maklumat dan google dalam bahasa malaysia…memang tak banyak maklumat diperolehi kecuali dalam bahasa indonesia. Saya harapkan moga ramai insan seperti En Khairul. Moga blog En Khairul menjadi panduan berguna untuk remaja remaja di luar sana. (itupun kalau mereka suka membaca 🙂