Orang bukan Islam lelaki dan wanita masuk ke dalam masjid duduk di saf belakang selamba jer.
Itu adalah pemandangan biasa pada waktu solat Jumaat di Jerman. Orang bukan Islam lelaki dan wanita dibenarkan masuk dan duduk di saf belakang.
AJK masjid akan membantu dan meraikan mereka. Bercerita kepada mereka tentang adab dan segalanya tentang masjid dan ibadah.
Tidak perlu bertudung menutup kepala bagi wanita, asalkan berpakain sopan dan tidak menjolok mata. Maka bersilalah mereka beramai-ramai memenuhi sehingga dua atau tiga saf paling belakang.
Mereka akan melihat cara orang Islam yang masuk dan beriktikaf di dalam masjid. Mereka akan mendengar ceramah, mereka akan mendengar khutbah.
Mereka akan melihat bagaimana orang Islam beribadah dan usai solat maka mereka akan disantuni.
Maka mereka mulai sedar yang Islam bukanlah agama yang menganjurkan keganasan apabila mendengar khutbah. Mereka sedar yang orang Islam amat peramah dan berakhlak mulia bila mereka disantuni.
Seronok melihat orang bukan Islam yang bersinar matanya dan tersenyum bila disapa.
Hmmm..itu cara di Jerman lah.







Leave A Reply