• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Isu Beg Plastik

24/04/2016

Tadi saya tengok satu pos ala-ala viral kat fb kisah makcik yang konon tangannya cedera kerana barang belian di dalam troli jatuh pecah berderai di sebuah pasaraya di sebuah negeri.

Peraturan di negeri tersebut tidak membenarkan penyediaan beg plastik di pasaraya maka pembeli terpaksa bersusah-payah membawa barangan tanpa beg plastik.

Maka berbondong-bondonglah komen meminta kerajaan negeri dan pasaraya di keseluruhan negeri tersebut kembali memberikan beg plastik kepada pembeli.

Saya merenung langit berfikir.

Susahkah membawa beg sendiri? Atau kita tidak mahu pasaraya tersebut untung besar kerana mereka tidak perlu lagi menyediakan beg plastik?

Makanya, negara kita sedang undur selangkah lagi kebelakang di mana negara-negara lain terutama negara maju sudah mengurangkan atau memberhentikan pemberian beg plastik bagi mengurangkan pencemaran dan juga menggalakkan kitar semula.

Saya sampai ke hari ini masih membawa beg sendiri ketika membeli barangan di pasaraya tak kira samada hari Sabtu ataupun hari lain.

Beg biru Ikea ataupun beg plastik lain yang besar sentiasa di bawa bersama di dalam kereta ataupun beg. Jika membeli hanya 2 atau 3 barangan yang boleh dibawa dengan tangan sahaja maka saya menolak untuk ambil beg plastik yang diberikan.

Ramai yang pandang sinis dan ramai yang mungkin anggap saya poyo. Ramai juga yang akan kata untunglah pasaraya tu, sebab tak payah berikan beg plastik.

Tidak mengapa.

Bagi saya – biarlah dia untung, saya tak dengki kat dia pun. Yang penting saya dapat membantu kurangkan plastik dan kurangkan pencemaran alam sekitar.

Sekurang-kurangnya saya telah menunaikan tanggungjawab saya untuk menjaga hubungan saya dengan makhluk Allah yang lain iaitu bumi dan alam sekeliling.

Adakah anda inginkan beg plastik terus diberikan kepada anda?

Entahlah, saya tidak tahu keinginan anda.

Tetapi saya tidak mahu.

Share

Blog  / Complaints  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved