• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Its ok Daddy. Its ok..

18/11/2018

Out of the blue.

“Daddy, I want to go to mommy home.”

“You miss mommy?”

“Yes.  Can we go now?”

Itulah Khaleef.

Anak kecil berusia 4 tahun yang berdiam diri terlalu lama.  Hampir 3 bulan lebih tidak mahu bercakap atau berbincang tentang ibunya dengan saya.

Namun sejak seminggu lalu semuanya berubah, apabila dia mula demam.  Dia tanyakan ibunya setiap hari.  Malahan puluhan kali setiap hari.

“Daddy, I want mommy”

“Daddy, saya nak mommy”

“Nak mommy, nak mommy”

Begitulah.

Kebiasaannya bila demam dia akan dapat layanan istimewa dari ibunya.  Kali ini saya cuba buat benda yang sama seperti yang sering dilakukan arwah namun semestinya tetap tidak sama baginya.

Hari ini dia yang minta nak pergi ziarah ibunya.  Selalunya menolak bila diajak.  Ada sahaja alasannya.

Di dalam perjalanan tak habis-habis dia bercerita tentang ibunya.  Ibunya itu, ibunya ini.  Habis semua kenangan dengan dirungkaikan.  Ditanyakan juga kenapa ibunya mati.

“Daddy, did you give ubat to mommy when mommy sick?”

“Yes I did.”

“Did you give her ubat demam?”

“Yes I did.”

“Did you give her ubat orange, that we put in the water first?”

“Yes I did.  I gave her all ubat that we have.  I did bring her to the hospital and the doctor gave her all ubat that they have too.  We tried our best.”

“But mommy die.  Why?”

Dia mula mempersoalkan.  Saya dah mula sebak.  Saya tahan, saya gagahkan.

“Yes she died.  Allah love her, Allah took her.  I’m so sorry ok.  I’m so sorry.”

Air mata saya mula turun dengan laju.

Diam seketika.

“Its ok daddy.  Its ok.”
.

#diariseorangsuperdaddy

Share

Blog  / Parenting

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved