• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

JANGAN JUAL IKAN – TUHAN MARAH!

21/10/2015

Ada yang terus marah bila baca tajuk.

Jangan dik, jangan begitu.

Baca dahulu apa yang abang cuba sampaikan.

Itu adalah terjemahan secara literal atau harfiah dari perkataan “selfish” berbunyi seakan “sell fish” (jual ikan) yang sebenarnya bermaksud pentingkan diri sendiri.

Abang cuma nak bercerita tentang sikap pentingkan diri sendiri atau selfish ini.

Bila adik2, kakak2 dan abang2 semua orang buang sifat ini di dalam diri, pasti banyak permasalahan di dalam kehidupan seharian kita akan berkurangan kalaupun tidak selesai.

Dah kurang stress pagi-pagi ke tempat kerja kerana semua orang memandu ikut laluan yang betul, tidak ada malaun yang memotong barisan di tol atau selepas tol atau ketika memasuki simpang atau bertukar lorong.

Walaupun kenderaan banyak tetapi menjadi lancar sebab takde spesis selfish tadi.

Bila tiada sifat selfish maka setiap hari semua orang pasti memikirkan akan implikasi perbuatannya terhadap orang lain. Yang nak potong que ketika memandu pun tak jadi sebab kesian orang lain yang dah lama que nak pegi opis.

Adik-adik yang nak buang sampah ikut tingkap kereta berfikir yang kesian nanti abang tukang sapu tu nak mengutip atau menyapu sampah yang dibuang, langsung tak jadi. Sampah itu kalaupun tak disapu mungkin terbang dibawa angin masuk ke sungai dan mencemarkan sungai. Kesian ikan. Langsung tak jadi.

Kakak-kakak yang nak buang sampah di rumah pun memikirkan, kalau lah tak asing sampah-sampah ni, kesian nanti abang lori kutip sampah tu nak asingkan sendiri. Abang-abang tu pasti nak kotak atau kertas dan juga botol diasingkan, maka cepat sikit kerja diorang. Nanti diorang boleh dapat wang tambahan dengan menjual kertas atau kotak dan botol tadi ke pusat kitar semula. Dapat la duit lebih sikit utk tampung kos GST.

Kalau tak asingkan dan campur dengan sisa makanan maka kesian kat abang-abang tu kena hidu bau busuk sisa makanan kita.

Di Jerman dik, kebanyakan diorang ni punyalah tak pentingkan diri sendiri hinggakan setiap jenis sampah diasingkan sampai ada 6 jenis tong sampah. Lepas tu kalau macam tin sardin, kotak susu atau jus dan sebagainya dibilas dulu dengan air bagi menghilangkan sisa sebelum diasingkan mengikut jenis tong sampah.

Kenapa sampai macam tu?

Senang dik, diorang tak nak nanti tukang angkut sampah atau orang di pusat kitar semula yang kerja asingkan barangan tadi tu bau busuk sampah tu. Kesian kat pekerja tu katanya.

Kita macamana dik?

Ada pernah kita fikir pasal keselesaan atau kemudahan dan kesenangan orang lain? Kita asal boleh jer semua buang tak kira tempat, asal boleh cilok jer ketika memandu kita cilok. Asal boleh potong barisan atau que kita selit dan potong. Asal lampu merah baru menyala kita langgar sahaja.

Asal vape jer tak kira tempat, ada baby kat belakang pun kita buat bodo. Kita salahkan baby tu kenapa duduk dekat luar area orang smoking. Asal sampah jer kita baling jer. Kadang2 tu dah kat depan rumah sampah atau tong sampah, tapi sampah tetap tak masukkan ke dalam tong.

Tak pernah kita fikir pun perasaan orang yang punya la lama tengah beratur untuk masuk ke lorong atau laluan tersebut. Tak pernah terfikir pun kalaulah eksiden dan ada anak-anak yang bakal jadi yatim piatu.

Tak pernah terfikir ke apa perasaan mak bapak baby yang hidu asap atau wap vape tu? Tak pernah terfikir ke susah payah abang berpanas berhujan kutip sampah tu cari rezeki untuk anak bini dia?

Kenapa begitu?

Kerana kita ada sifat pentingkan diri sendiri. Who cares! Katanya. Bila sifat “Ahhh peduli apa aku” “Ahh itu memang kerja dia” “Ahhh orang lain pun buat juga” ada dalam diri maka lambat laun kita jadi insan hina dik. Percayalah cakap abang.

Percayalah, kita semua akan dapat habuan masing-masing nanti.

Abang ada seribu satu cerita tentang selfish ni. Tapi untuk kali ini abang bagi contoh sedikit itu sahaja. Adik boleh kaitkan lagi dengan pelbagai perkara lain yang dilakukan seharian yang memberi implikasi atau kesan kepada orang lain.

Jadi,

Jangan “jual ikan” dik, abang marah, orang marah, Tuhan pun marah.

Rasulullah SAW bersabda “Sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi bermanfaat kepada orang lain”

Bila adik buang sikap tadi tu maka adik otomatik akan sentiasa memikirkan orang lain. Oleh itu adik akan sentiasa berbuat sesuatu yang memudahkan, memberi manfaat dan juga kesenangan kepada orang lain.

Oleh yang demikian – adiklah sebaik-baik manusia.

Sungguh!

Share

Blog  / Complaints  / Lifestyle  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved